Alhamdulillah, saya mewakili Pemuda PAS Kawasan Dungun mengalu-alukan seluruh warga Dungun khasnya dan warga Terengganu amnya hadir ke Himpunan PAS Kawasan Dungun yang julung-julung kali diadakan.
Berbagai aktiviti menarik dianjurkan dan saya mengharapkan jawatankuasa terlibat dan pemuda serta pemudi yang berada di Dungun dapat memeriahkannya dan menjadi sebagai platform untuk mengaktifkan ahli-ahli PAS di dalam rangka untuk menarik sokongan masyarakat.
Program tersebut juga diadakan bersempena dengan beberapa program mega yang diadakan di Dungun sebelum ini, bertujuan untuk memastikan momentum sokongan rakyat dan kewujudan PAS ditengah-tengah masyarakat dapat terus berlangsung.
Saya sebagai Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun mengucapkan tahniah dan jutaan terimakasih kepada jawatankuasa panitia yang telah bertungkuslumus untuk menjayaka program ini.
Sekali lagi saya mengharapkan seluruh warga Dungun terutama pemuda-pemuda dapat menyertai aktiviti-aktiviti kepemudaan yang diadakan pada sebelah petang khamis dan petang jumaat diadakan sukan indoor dan outdoor.
Saya berdoa kepada Allah swt, mudah-mudahan kita semua mencapai objektif perhimpunan ini.
Ustaz Sheikh Mohd Hanafi Bin Abdul Aziz
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun
1 Mac, 2016