HiKAP; PAS Marang Berkampung Dua Hari

1643

MARANG – PAS Kawasan Marang akan berkampung selama dua hari bermula 12hb hingga 14 Jun 2014 di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang dalam program Himpunan Keluargaku Ahli PAS (HiKAP).

Program yang julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk menambah keahlian PAS melalui keberkesanan penerangan dan pameran yang bertunjangkan kepada sokongan akar umbi.

latest hikapPAS Kawasan Marang terpanggil untuk memberi ruang yang seluas mungkin kepada segenap lapisan masyarakat untuk bersama-sama menyertai PAS dalam membentuk imej positif kepada PAS Kawasan melalui segmen-segmen yang akan dilaksanakan.

Ketika diminta mengulas, Pengarah Program YB Ustaz Ariffin Deraman berkata, sudah pasti pendekatan yang relevan untuk mendapatkan ahli adalah dikalangan kaum keluarga sendiri.

Beliau yang juga ADUN Alur Limbat mengharapkan, program ini mampu untuk memberi maklumat dan mekanisma yang jelas bagaimana hendak menjadi ahli dan apakah tanggungjawab sebagai seorang ahli.

Program yang akan dirasmikan oleh YB. Dr Alias Abdul Razak Timbalan Pesuruhjaya 1 Negeri Terengganu akan diserikan dengan penyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan ahli teramai antara DUN.

Selain itu, ahli PAS Kawasan yang ke 20,000 dan keluarga paling ramai ahli pas turut diberi penghargaan oleh PAS Kawasan Marang.

pelbagai acara akan diadakan termasuk acara melukis dan mewarna untuk kanak-kanak.Selain daripada ucapan dan ceramah oleh para pemimpin PAS.

Pada malam pertama Ceramah Perdana akan disampaikan oleh Pimpinan Utama Parti dan malam kesenian islam pada malam berikutnya disamping persembahan oleh pelajar PASTI , MDI dan MDQ turut dijemput.

ceramahPihak penganjur juga menyediakan pelbagai gerai untuk jualan, pameran , khidmat rawatan syifa’ , dan acara pertandingan memasak untuk muslimat

Pada malam kuliah Maghrib Ustaz Azhar dijangkakan keadaan penuh sesak dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai peringkat umur.

Antara acara yang dianggap menarik bagi penglibatan para pengunjung adalah pentandingan memancing yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak rm 10,000.00.

Acara menarik yang bakal menjadi tumpuan adalah memanah dan berkuda disamping sebanyak 21 buah gerai berkonopi untuk jualan pelbagai disediakan untuk peniaga.

pihak pengajur juga menjemput serta menyediakan kauter SPR dan bagi memudahkan masyarakat setempat untuk pergi mendaftar sebagai pemilih.

Pegawai Keahlian Pejabat Agung PAS Pusat juga turut dijemput untuk memudahkan mendaftar dan membuat kad ahli bermutu tinggi.