Terengganu, Malaysia

Hentikan Hasrat Memberi Lesen Lombong Bauksit!

Hentikan Hasrat Memberi Lesen Lombong Bauksit!

KEMAMAN – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu dinasihatkan jangan tamak dengan mengejar laba yang sedikit, tetapi merugikan mengorbankan kesejahteraan hidup rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat memberi amaran kepada Menteri Besar Dato’ Seri Razif Abdul Rahman tentang hasrat beliau yang mahu meluluskan lesen perlombongan bauksit di daerah ini.

Katanya, cadangan Razif adalah bertentangan dengan prinsip TTB yang dijulang kerajaan dibawah pimpinannya.

“MB sebut nok beri lesen………..jangan lah mencari untung yang sedikit tetapi mengorbankan kehidupan rakyat setiap hari dengan bermandikan debu merah, jalan negeri yang rosak dan keselamatan jalanraya yang terjejas,

“ia jelas bertentangan dengan Integriti, Bersih Dalaman Dan Luaran yang dilakar oleh Razif sendiri,”tegasnya.

IMG_20151125_181554Penolong Setiausaha PAS Terengganu itu berkata demikian ketika ditemui selepas melawat kawasan ‘perlombongan bauksit haram’ di Jabur, dekat sini pada Selasa 24 November.
Beliau mencabar Razif, sekiranya benar tanah rezab kerajaan yang didakwa telah diteroka secara haram, kerajaan wajib mengambil tindakan yang drastik memberhentikan projek tersebut.

“Pastikan pihak JKKK, masjid atau badan-badan lain tidak menerima ‘sumbangan haram’ daripada tauke-tauke lombong bauksit yang akhirnya semua pihak tersebut,

“yang sepatutnya menjadi mata dan telinga kerajaan, menjaga harta rakta, terpaksa tunduk dan patuh kepada tauke-tauke tersebut,”jelas Hanafiah.
Hanafiah sekalai lagi memberi amaran agar, jangan ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang sentiasa memberi perlindungan kepada kerja-kerja perlombongan haram yang menyalahi undang-undang dan mengkhianati amanah rakyat.

“jangan fikir sangat tentang belanja tambahan bagi penguatkuasaan untuk mengawasi kawasan tersebut……….ia adalah melindungi hak rakyat, menjaga kepentingan tanah air,

“ia jauh lebih baik dari belanja sia-sia lain yang kurang membawa sebarang manfaat kepada orang ramai,”tambah beliau.

Adalah baik, saran beliau, kerajaan memberhentikan terus perlombongan bauksit, walaupun mendatangkan perolehan kepada kerajaan negeri, tetapi kerosakan alam sekitar dan kesihatan yang rakyat yang terjejas, dalam jangka masa panjang.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan