Hentikan Segala Rancangan ‘Insinerator’ – PAS, NGO

788

PAS akan membawa kumpulan lobi hijau dalam menekan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghentikan rancangan umembina lebih banyak insinerator, supaya kerajaan Umno-BN menggunakan lebih banyak kaedah mesra alam untuk mengurangkan dan menguruskan bahan buangan.

Pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohamad Omar berkata, parti itu akan menganjurkan satu persidangan meja bulat pada bulan April untuk merangka satu memorandum kepada kerajaan.

Zulkefly berkata memorandum itu, dijangka mengandungi alternatif kepada menggunakan insinerator bagi menangani bahan buangan negara, akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, menteri-menteri dan Ahli Parlimen.

Jika perlu, memorandum itu juga akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Zulkefly.

“Kami akan mengadakan perbincangan meja bulat, PAS Pusat dan Green Clean World akan memanggil semua NGO bagi membincangkan pengurusan sisa,” Zulkefly yang juga pengerusi kumpulan alam sekitar Green Clean World kepada pemberita hari ini.

S. Arutchelvan, Setiausaha Agung parti politik PSM yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata wakil-wakil daripada kerajaan dan kerajaan negeri persekutuan akan dijemput untuk menyertai perbincangan.

Zulkefly menegaskan bahawa pertubuhan bukan kerajaan bukan sekadar membantah operasi pusat pelupusan sampah, tetapi juga mahu menyumbang cadangan.

Beliau juga menggesa Putrajaya untuk menghentikan semua rancangan untuk membina insinerator di tempat lain di negara ini kecuali yang telah dikaji secara mendalam.

Beliau menyenaraikan lokasi Taman Beringin Kepong, Bukit Payung di Johor, Tanah Merah Sendayan di Negeri Sembilan dan Sungai Udang di Melaka sebagai tapak mugkin bagi pembinaan insinerator baru.

Beliau menyuarakan kebimbangan bahawa sisa pembakaran akan melibatkan pembebasan bahan kimia berpotensi penyebab kanser dan menambah bahawa insinerator adalah mahal dan akan menggunakan lebih banyak tenaga daripada program kitar semula.