Hentikan Kepungan Ke atas Gaza!

1485

Rakyat Gaza telah dikepung sekian lama oleh Israel, yang mana telah diketahui Gaza bersempadan dengan Mesir di Rafah dan dipisahkan dengan bandar Tebing Barat.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, rakyat Palestin di Gaza telah menderita sepanjang hidup mereka.

“Mereka telah kehilangan segalanya, keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

pecahkan kepungan Gaza“Tambahan lagi mereka dinafikan hak untuk mendapatkan keperluan tidak hanya dari Israel tetapi daripada kerajaan anda yang diketuai oleh presiden yang tidak diiktiraf, Presiden As-Sisi,”kata beliau.
Khalil berkata demikian selepas menyerahkan Memorandum Bantahan Terhadap Krisis Kemanusiaan Dan Keganasan Di Palestin, kepada Kedutaan Mesir hari ini.

Menurutnya, kerajaan Nesir telah menunjukkan polisi yang bodoh dengan membantu Israel menekan rakyat Palestin di Gaza.

“Kerajaan anda telah membantu mereka dengan membina kepungan terbesar dengan menghalang mereka daripada mendapat keperluan asas mereka.

“Sesuatu yang memalukan anda, Presiden As Sisi dengan tindakan anda ini, anda tidak mendapat apa apa dengan membantu Israel.Adakah anda mempunyai apa apa kepentingan daripada Israel supaya menjaga kerajaan anda?,”soal beliau

Oleh itu, beliau mewakili seluruh umat Islam di negera ini menyeru supaya pemerintah Mesir supaya menghentikan kepungan dan memberikan peluang untuk membina kehidupan mereka.

“Percayalah, dengan hilangnya Israel akan memberikan keamanan di rantau asia barat termasuk negara anda (Mesir),”tambah beliau