Hentikan Elaun Bakal Guru Merencatkan Pendidikan Generasi Akan Datang

1416

KUALA TERENGGANU – Tindakan kerajaan menghentikan elaun kepada pelajar yang menyertai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) bermula 2018 bakal merencatkan pendidikan generasi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata ia akan suatu bebanan kepada pelajar-pelajar terpilih yang juga merupakan pelajar-pelajar cemerlang.

“Jadi saya melihat ianya sebagai suatu bebanan kepada pelajar-pelajar terpilih yang merupakan pelajar-pelajar cemerlang yang sepatutnya diberi peluang dan kemudahan,

“kerana mereka merupakan tenaga-tenaga yang akan melahirkan generasi kita akan datang,” tegasnya.

Beliau berkata mereka yang dididik oleh IPG adalah generasi pendidik yang akan mendidik masyarakat kita.

Oleh itu menurutnya, kerajaan wajar mengkaji semula hasrat untuk menghentikan elaun kerana pemerintah masih mampu memberikan bantuan.

“kita melihat masih banyak ruang yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar IPG kita ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi rumah beberapa penduduk Kampung Maras Batu Rakit, sempena HARAP-PGU 3.7, pada Jumaat 28 Julai.

“Saya melihat banyak projek-projek besar yang dapat dilaksanakan oleh kerajaan, sepatutnya perkara ini tidak timbullah (elain kepada) kepada pelajar-pelajar IPG,

“dalam suasana masyarakat melihat dengan kos sara hidup yang terus meningkat dan juga ini sudah tentu menjejaskan mereka,”jelasnya.

Tambahan pula kata beliau, mereka mereka terpaksa memohon pembiayaan dari PTPTN, yang menjadi satu bebanan lagi apabila mereka menamatkan pengajian tersedia mereka terpaksa menanggung hutang.

“Jadi ini sesuatu yang perlu difikirkan kerajaan agar ada sesuatu usaha yang dapat membantu dan menanggung pelajar-pelajar IPG ini,” tambahnya.