KUALA TERENGGANU – Subsidi ditarik balik, harga gula naik, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan, rakyat diminta berjimat cermat.
Sedang kediaman rasmi Perdana Menteri memerah wang rakyat lebih RM2.3mil untuk bil-bil utiliti air dan elektrik pada tahun lalu!
Apakah ‘justifikasi’ dan penjelasan kepada semua ini?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam menjawab soalan oalan bertulis Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook menyatakan, RM2, 237,788.13 telah dibelanjakan untuk elektrik manakala RM311, 174.25 telah dibelanjakan untuk air sepanjang 2012 untuk kompleks Seri Perdana, kediaman Najib dan isterinya Rosmah.


Pemansuhan subsidi gula berkuatkuasa pada Sabtu 26 Oktober, menyebabkan kenaikan harga 34 sen sekilogram.
“Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula. Anda boleh berubah demi kebaikan diri sendiri,” kata Najib.
Rakyat yang terpaksa membeli gula dengan harga yang mahal tidak pun meminta duit dengan Najib, jauh sekali nak meminta daripada Rosmah dan rakyat termasuk petani dan nelayan, tidak menggunakan duit kerajaan untuk membeli gula yang harganya sudah menjadi RM2.84 sen sekilogram.
Tapi Najib dan Rosmah bayar elektrik dan air menggunakan duit rakyat sebayak RM2, 548, 962.38 (Dua Juta Lima Ratus Empat Puluh Lapan Ribu dan Tiga Puluh Lapan Sen).


Shahidan juga menyatakan bahawa kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria kompleks mempunyai penggunaan tenaga elektrik bernilai RM865, 458,56, dan penggunaan air sebanyak RM99, 264,03 sepanjang 2012, tempat tinggal Muhyiddin dan isteri serta anak-anaknya.
Muhyiddin yang sepatutnya rasa ‘tidak kena’ dengan menggunakan duit rakyat yang begitu banyak untuk kehidupannya, sebaliknya ‘menganjing’ rakyat dan mengungkit-ungkit kisah hidup orang yang telah meninggal dunia.
Demi untuk mempertahankan langkah kerajaan ‘kononnya’ untuk menjimatkan wang rakyat, Muhyiddin tergamak mengaitkan masalah kesihatan Allahyarham Azizan Razak, yang meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis, untuk mempertahankan langkah pengurangan subsidi gula.
Sedang Muhyiddin tinggal di istana yag ditanggung dengan wang rakyat, duit kerajaan.


Memang hebat pemimpin Negara, memang hebat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, memang hebat kerajan Malaysia dibawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Rumah Putih kediaman Presiden Amerika Syarikat pun tidak sehebat Seri Perdana.
Rumah putih luasnya hanya kira-kira 18 ekar, manakala di Malaysia, Seri Perdana adalah 42.5 ekar dan Sri Satria adalah 18.16 ekar.
‘The White House’ tidak hanya berkhidmat sebagai kediaman Presiden tetapi juga pejabat, sebaliknya Seri Perdana adalah semata-mata kediaman Perdana Menteri!




























