Hayati Merdeka, Jauhi Anasir Rugikan Negara

87

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyeru agar setiap anak muda menyambut serta menghayati kemerdekaan negara dengan membebaskan diri daripada segala anasir negatif yang akan merugikan negara.

Ketuanya, Ustaz Mohd Nasir Abdul Razab berkata, ia bagi memastikan anak muda pada hari ini mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang gemilang, berdaya saing, seta maju di masa hadapan mengikut acuan Islam.

“Dengan tema Malaysia Prihatin pada kali ini adalah penting kepada setiap pemuda meneruskan perjuangan menjadi mata rantai bagi meneruskan legasi yang melalui sumbangan yang dilakukan oleh generasi terdahulu.

“Demi kejayaan dan kesejahteraan masyarakat kita pada hari ini. Maka saya menyeru seluruh anak muda berkoban dan hayati kemerdekaan negara pada kali ini dengan sudut pemikiran dibebaskan daripada ideologi dan fahaman yang tidak sihat.

“Agar segala tindak tanduk yang dilakukan berpaksikan ajaran Islam secara menyeluruh,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas Program Agihan Sumbangan Jalur Gemilang sempena Sambutan Kemeredekaan Negara, pada Isnin, 30 Ogos.

Mengulas lanjut katnya, sebagai generasi yang menjadi sandaran harapan pada negara negara perlu mempunyai akhlak yang baik agar menjadi contoh kepada seluruh masyarakat.

“Yang terakhir, perlu bangkitkan semangat setia dan berkorban demi negara dan tanamkan semangat keikhlasan dalam kehidupan seharian.

“Dengan memastikan setiap pekerjaan yang dilakukan adalah kerana Allah supaya sentiasa mengorak langkah maju ke hadapan.

“Semoga melalui semangat yang ada dalam menyambut kemerdekaan, dapat melahirkan anak muda yang akan membentuk masa depan yang gemilang dimiliki oleh negara kita,”ujarnya lagi.