“Beberapa kedudukan Kelompok P5+1 lebih positif dibandingkan yang diungkapkan sebelumnya,” ujarnya.
Hal itu dinyatakan setelah berakhirnya perundingan di ibukota Kazakhstan, Almaty, yang merupakan pertama kali dibuat sejak rangkaian perundingan pada Julai 2012 tidak membawa sebarang hasil.
Bagaimanapun Jalili menegaskan jalan masih panjang untuk mencapai sebuah kesepakatan.
Rancangan lanjutan perundingan peringkat tinggi berikut juga akan dijadialkan berlangsung di Almaty pada bulan April depan
Keenam negara antarabangsa itu terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, China, Jerman, British dan Prancis, meminta Iran agar menghentikan pengayaan uranium dengan pertukaran pelonggaran sekatan antarabangsa ke atas negara itu.
Dua minggu lalu, Iran dilaporkan mula memasang peralatan pengayaan uranium yang baru di loji nuklearnya di Natanz.
Komuniti antarabangsa menuduh program nuklear Iran cukup untuk mengembangkan senjata nuklear namun Iran selalu membantah dan menyebutnya semata-mata untuk kepentingan awam.
Menurut IAEA, agensi tersebut sudah menerima surat pada 23 Januari dari Iran yang menyatakan reancangan untuk meningkatkan pengayaan uraniumnya.
Loji nuklear Natanz yang terletak di tengah Iran menjadi fokus dalam sengketa nuklearr Iran dengan Dewan Keamanan PBB.
Iran beberapa waktu lalu memang sudah mengatakan siap untuk mengikuti perundingan pusingan baru antarabangsa tentang program nuklearnya.








