Hari Raya Eidulfitri, tidak akan membawa makna apa-apa kepada mereka yang tidak menjalankan ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Bahkan hari raya yang mulia, yang disambut oleh umat Islam itu tidak akan membawa apa-apa keberkatan kepada manusia yang tidak taat kepaa perintah Allah SWT.
“orang yang tidak berpuasa tidak melahirkan sifat taqwa kepada dirinya, (hari raya) hanyalah sekadar memakai pakaian baru dan bersukaria dalam beberapa hari yang pendek sahaja.
“orang yang tidak taat kepada Allah, tenggelam dalam keadaan dosa dan maksiat, sekiranya tidak bertaubat, sekadar mengenyangkan perut dengan makanan yang akan menjadi najis sahaja,”menurut tekas khutbah yang diterbitkan oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Hari raya juga tidak berguna kepada mereka yang bermusuh-musuhan dan tidak ada semangat tolong menolong.
Bahkan, seruan mimbar Eidulfitri itu juga memberi ingatan, hari raya tidak berguna kepada orang-orang Islam yang tidak berani mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat hari ini.
Ia adalah kerana, manusia dihidupkan atas muka bumi ini untuk beribadat kepada Allah SWT dan memakmurkannya dengan petunjuk yang diturunkan oleh Allah melaluinya kitabNya, al-Quran.
Justeru sesungguhnya, tidak ada apa-apa makna hari raya disambut oleh manusia yang ingkar dan derhaka kepada Allah SWT.
Sehubungan itu, selepas melalui ibadah puasa yang melawan hawa nafsu selama sebulan, mimbar Eidulfitri juga menyeru agar umat Islam yang berjaya melalui Ramadhan agar melawan musuh-musuh Allah dari segala pelusuk dunia.
“(musuh-musuh Allah) menyekat dan menghalang Islam yang satu-satunya petunjuk Allah yang menyelamatkan manusia di atas muka bumi ini,
“mereka bersekutu dengan yahudi, musyrikin dan orang-orang munafik berusaha untuk menghapuskan Islam,”tulis khutbah itu lagi.
Sehingga kini, musuh Islam telah menyebabkan umat Islam dilanda fitnah yang mengakibatkan, orang-orang Islam telah berperang dan berbunuh sesame sendiri.
Ia adalah kerana tidak lain dan tidak bukan, justeru Islam dilihat diterima ramai oleh semua manusia, kerana kebenarannya dan agama-agama lain telah ditolak oleh penganutnya sendiri











