Proses pengundian bagi menentukan siapa yang akan menang dalam pilihanraya kecil DUN bagan Pinang bermula sebaik sahaja pusat-pusat mengundi di buka pada jam 8.00 pagi.
Terdapat 8 pusat mengundi yang melibatkan 8 sekolah Jumlah saluran mengundi dengan 18 saluran.
Seramai 13,664 orang pengundi yang terdiri dari 9060 pemilih biasa dan 4604 orang pengundi pos akan dapat ditentukan pilihan merka selewat-lewatnya jam 8 malam ini.
7:20 am: Di pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, dalam UPU Bagan Pinang, kelihatan pengundi mula beratur di barung rasmi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR)
Sekolah ini juga dijangka menjadi tempat lawatan sulung calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar.
9:20 am: Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar tiba di Sekolah Kebangsaan Adnan untuk melihat perkembangan proses pengundian diiringi oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa
– Perang zikir “laa ilaha illallah” antara penyokong UMNO dan Pas.
– Penyokong kedua-dua parti kian agresif meraih sokongan pengundi, walaupun hujan mulai renyai semula.
10.26 am; Sekitar jam 9.00 pagi SPR melaporkan sebanyak 11.9% pengundi telah pun melaksanakan tanggungjawab mereka.
– Beberapa pemuda Pas mula dimaki oleh segelintir pemuda samseng, dipercayai penyokong Umno.
– “Tanggal saja kopiah puteh kau, setan. Zulkefly itu calon luar. Kami nak Isa.”
– Perang mulut yang bermula , akhirnya hampir-hampir mencetuskan pergaduhan kecil
kerana satu objek keras (batu) dilontarkan ke kawasan penyokong Pas Pakatan Rakyat
10.38 am; Sehingga 10 pagi tadi, SPR memaklumkan sebanyak 23.09% atau 2168 orang telah keluar mengundi.
10.40 AM; Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar tiba di Sekolah Kebangsaan Sri Rusa
10.50 am; dari UPU Sekolah Kebangsaan SIRUSA, Ketua Penyokong Pakatan Dr. Mohd Hatta Ramli memberitahu, penyokong kedua-dua parti dalam keadaan terkawal, biarpun usaha meraih sokongan pengundi kian agresif.
10.59 am; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin meninggalkan Sekolah Kebangsaan Sri Rusa
11.20 am; Dalam perkembangan berkaitan PRK , Ketua Unit Keselamatan Jentera Induk N31 melaporkan tidak ada sebarang kes provokasi lagi dari samseng-samseng Umno sejak 12 malam tadi.
11.32 am; Seorang pengundi luar dari Rembau, Pak Mat Motor (gambar kanan) mendakwa dirinya ditipu agen Isa; masih menunggu RM300 seperti yang dijanjikan.
11.42 am; Sebanyak 35.7 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 11 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN PRK Bagan Pinang
12.00 am; Jumlah keluar mengundi si Sekolah kebangsaan Teluk Kemang telah mencapai 45.63%, 4 disahkan telah ditahan dalam insiden membaling botol dan batu
12.31 am; Sehingga 12 tengah hari tadi, peratusan keluar mengundi di pilihan raya kecil Bagan Pinang terus meningkat dengan 46.5 peratus atau 4,220 pengundi menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Perkara itu dinyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membabitkan lapan pusat mengundi di 18 saluran.