Hari Penentuan DUN Sungai Limau

1106

Hari ini, Isnin 4 November adalah hari penentuan bagi penduduk dan pengundi Sungai Limau samada mereka kekal bersama PAS atau pun memilih BN.

PAS menegaskan keyakinan bahawa parti itu akan menang dengan ‘majoriti lantai’ sebanyak 500 undi dan akan mendapat lebih banyak majoriti serta melebihi undi yang diperolehi pada pilihanraya umum kali ke-13 lalu, sekiranya BN tidak bermain ‘taktik kotor’.

Pengarah Jawatankuasa Induk, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan, kempen hari terakhir BN meruapakan kempen yang ‘jijik’.

Antara usaha terdesak BN adalah menyebarkan berita bahawa para pengundi DUN Sungai Limau tidak perlu keluar mengundi kerana calon PAS Ustaz Mohd Azam Abd Samat telah pun menang.

[Lihat Video Sidang Media Hari Terakhir]

‘Pesanan ringkas’ melalui telefon juga beredar di ruang maya menyeru supaya pengundi luar tidak pulang mengundi kerana PAS telah pun menang dalam pilihanraya kecil DUN Sungai Limau.
20131103_114724
Mahfuz menyifatkan, Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir sebagai seorang yang bermuka-muka dan berpura-pura

Selain itu, BN yang juga terdesak menjalankan pelbagai usaha cuba menggunakan ‘wang ringgit’ untuk membeli ahli dan penyokong PAS.

Katanya, seorang ahli PAS dari Sungai Dedap, Ahmad Ismail (Gambar atas)  telah diperdaya dengan sogokan RM100 dan dibawa dalam satu majlis yang beliau tidak tahu tentang tujuannya

Beliau menyifatkan kes patung kaki kudung satu perbuatan yang bukan sahaja menghina allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan malah keluarganya.