Hari Kedua di Nepal; Ke Kawasan Pelancongan Utama Terjejas Gempa

1078

Kami ‘check out’ dari Yellow Pagoda Hotel pada jam 9:00 am. Selepas sarapan di hotel, kami berpindah ke Hotel Holiday Taj iaitu Hotel bajet tak jauh dari hotel pertama kami. Harga di sini hanya USD15 sehari untuk satu bilik berbanding USD100 di Yellow pagoda.

Selepas ‘check in’ di Taj Hotel, kami terus di bawa oleh bekas Presiden Islami Sangh Nepal Zulfikar Ali ke tempat pertama yang dilanda gempa bumi iaitu di bandar Bakhtafur yang terletak kira kira 40 km dari bandar Kathmandu.

IMG-20150508-WA0017Bakhtafur ialah sebuah kawasan perlancongan yang memaparkan kehidupan beragama lengkap masyarakat hindu Nepal. Di situ terdapat Temple House yang merupakan pusat ibadah terbesar orang orang hindu, ia mempunyai segala macam ‘patung berhala’ dan artifak utama bagi orang hindu. Muzium utama juga terdapat di sini, juga terdapat 4, 5 buah sekolah rendah, menengah dan termasuk sekolah sekolah khas seperti sekolah lukisan dll.

Di Bakhtafur, Kuil dan rumah rumah penduduk banyak yang musnah. Sebahagiannya runtuh keseluruhan, sebahagian lagi musnah di bahagian bahagian tertentu dan sebahagian lagi mengalami kesan retakan yang sangat nyata yang bahaya untuk didiami serta memerlukan pembaikian yang banyak. Kebanyakan rumah rumah penduduk di sini berusia antara 50 ke 100 tahun. Mereka mendiami bangunan rumah yang dibina seperti sarang burung merpati, dengan keluasan rumah yang begitu sempit. Kawasan perumahan begitu padat.

Di anggarkan lebih dari 100 orang penduduk yang meninggal di sini semasa kejadian gempa bumi pada 25 april lalu.

Beberapa NGO dari China, Korea, Turki, Belanda dan India telah menyediakan perkhidmatan khemah bagi penduduk yang musnah rumah mereka, juga sumbangan makanan, termasuk aktiviti aktiviti untuk menghilangkan trauma terutama kepada kanak kanak. Pihak Samsung juga dilihat menyediakan khidmat jualan dan servis handphone dengan kadar khas.

IMG-20150508-WA0012Setelah itu kami menuju ke tempat kedua iaitu di Bassantafur, kira kira 14 Km dari Bakhtafur. Bassantafur ialah bandar Warisan Sejarah Nepal yang turut terkena gempa bumi. Ada 2 bangunan warisan Nepal yang terlibat iaitu Jagannath Temple dan Gaddi Baithak. Kedua duanya ialah bangunan warisan Nepal yang menjadi tempat bersejarah. Gaddi Baithak ialah istana Raja yang terletak betul betul bersebelahan dengan kuil Jagannath.

Terdapat kira kira 20 khemah didirikan berhampiran 2 bangunan ini untuk penduduk yang terlibat dengan gempa bumi.

Kemudian kami juga di bawa ke bandar ‘Balaju’. Di Balaju banyak juga bangunan yang sebahagiannya hancur musnah berhampiran dengan BUDDHA MALL juga terdapat bangunan yang terbalik dan condong yang hampir roboh. Khemah khemah juga banyak didirikan di tepi tepi jalan utama.

Kami balik ke hotel selepas melawat tempat tempat terjejas akibat gempa dan selepas makan tengahari di Pejabat Islami Sangh Nepal.

Selepas Isya kami bermesyurat bersama ahli deligasi dan megambil beberapa keputusan yang kemudiannya di bawa ke mesyuarat bersama Koordinator Islami Sangh Nepal iaitu Dr Muazzam yang akhirnya kami bersetuju untuk :
1. Kami akan ke kawasan Gorkha pagi esok ( 8 Mei ) iaitu kawasan majoriti Muslim di Nepal dan melakukan SS ( Survey & Service) kami akan membawa membahagi sumbangan berupa barang makanan, blanket dan khemah kepada mangsa di kawasan Gorkha termasuk khidmat kesihatan oleh dua Doktor ahli delegasi.
2. Pihak Islami Sangh akan menyediakan 1 orang Guider (penunjuk jalan) dan pemandu serta kenderaan yang kosnya akan dibayar oleh kami.
3. Semua barangan keperluan akan disediakan oleh Islami Sangh dan kami akan menanggong semua kos.

IMG-20150508-WA0013Untuk rekod, harga khemah di sini ialah USD20 (kecil) USD40 (besar), blanket USD20, Kos Kenderaan dalam Kathmandu USD80 – USD100 sehari dan luar Kathmandu sehingga USD125 sehari.

Untuk rekod juga kami telah dimaklumkan oleh Bro Mian Waqas Waheed, MD Radiance International dari Khidmat Pakistan yang sekarang ini telah menjadi percakapan di kalangan orang Nepal yang sangat kagum dan memuji kesungguhan dan khidmat yang cepat yang di sampaikan kepada mangsa gempa bumi Nepal walaupun Muslim Nepal hanya 5% . Ada antara mangsa gempa bumi yang berkata bahawa mereka menyembah patong berhala sudah 40 tahun tetapi setelah gempa berlaku, tuhan tuhan mereka telah hancur dan sekarang tuhan kamu (Allah) telah menghantar kamu (muslim) datang menolong kami.

Sebanyak 22 NGO muslim dari seluruh dunia bergabung membantu rakyat Nepal sekarang dan in sha Allah pada Jam 7.00 am nanti kami akan ke Gurkha yang memakan masa selama kira kira 4 jam perjalanan.

Sekian catatan hari kedua

Wan Sukairi Wan Abdullah,
Hotel Holiday Taj, Kathmandu
8 Mei 2015
6:18 am