Hargai Pengorbanan Wira Malam

140

DUNGUN – PAS sangat menghargai jasa serta pengorbanan para wira yang bertugas pada waktu malam, untuk negara.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi , Haji Ghazali Sulaiman berkata, beliau konsisten menyatuni mereka yang terdiri daripada petugas di pelbagai agensi dan jabatan.

“Seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta yang berkaitan dengannya.

“Juga tiada dilupakan anggota pegawai keselamatan yang bertugas menjaga kawasan seperti sekolah, kilang dan tapak pembinaan termasuklah warga Rumah Ehsan serta beberapa lagi yang akan kita santuni bermula semalam dan kemucaknya pada malam ini membabitkan keseluruhan DUN,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, kepada pemberita, selepas Program Singgah Sahur, pada awal pagi Sabtu.

Katanya, ia merupakan program khusus diadakan bersempena bulan ini bagi menghargai golongan berkenaan.

“Dimana kita telah agihkan pek makanan sebanyak 100 bungkus bermula pada jam 12 malam berakhir pada jam tiga pagi.

“Ia dapat dijayakan dengan baik melalui 12 sukarelawan. Insya Allah program ini kita akan teruskan di masa akan datang,”ujarnya lagi.