“Harga Sekilo RM2.20………Ke Mana Kami Mahu Mengadu,”Rintih Penoreh Kuala Kangsar

4358

KUALA KANGSAR – Kehidupan penoreh getah di Kampung Senggang dekat sini terus dihimpit dengan kos sara hidup yang melampau, apabila harga komoditi itu terus merudum.

Tinjauan yang dibuat mendapati, rata-rata golongan penoreh tertekan dengan kenaikan harga keperluan yang sebahagiannya tidak mampu lagi dibeli secukupnya oleh petani itu.

Fatimah Mohammad, 45, (gambar kanan) berkata, walaupun mempunyai kebun getah seluas lapan ekar, kehidupan beliau sekeluarga hanya umpama ‘kais pagi makan pagi’.

IMG-20160612-WA0116“kalau tak menoreh kami sekeluaga nak makan apa? Tapi monereh pun tak cukup untuk menampung perbelanjaan……….kepada siapa kami nak mengadu?,”ujarnya sayu.

Menurutnya, harga getah masa kini hanyalah RM2.20 sekilogram, dan jumlah hasil susu getah yang ditoreh sebanyak, kira-kira tiga atau empat pokok.

“Seekar kira-kira ada 218 batang pokok…………dapatlah sebulan lebih kurang 200 kilo……….dalam sebulan hanya boleh 15 hari sahaja menoreh.”

”sekarang musim kering……susu getah tak berapa ada, kalau sebulan menoreh……….dapatlah lebih kurang RM440.00,”katanya dan menambah, mana mungkin cukup untuk menyara anak-anaknya seramai lima orang.

Luahan hati beliau dikongsi oleh seorang penoreh lain, Abdullah Abd Rahman, 64, dari kampung yang sama.

“Pelik tapi benar, harga tayar sentiasa naik tetapi harga getah terus turun, bila wakil rakyat ‘meninggal dunia’ dan ada pilihan raya kecil, barulah dapat bantuan,

“itu pun terlalu sedikit, tak ke mana (tak cukup),”jelasnya mengulas bantuan ‘baucer’ sebanyak RM500 yang diberikan oleh RISDA sebagai mana diumumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, semalam.

Mantan Menteri Penerangan Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir ketika berkempen di atas pentas PAS di Sungai Besar minggu lalu, mengkritik kerajaan Barisan Nasional yang membelanjakan lebih RM100 bilion untuk membangunkan sistem pengangkutan di Kuala Lumpur.

20160607_141906Sebaliknya tidak ada sedikit pun diagihkan untuk membeli hasil getah para petani supaya dijadikan ‘stok penimbal’ bagi menstabilkan harga.

“nak korek (pengangkutan) bawah tanah antara Kajang, Kuala Lumpur dan Sungai Buluh nak belanja RM160 bilion, kita nak kerajaan beri RM5 bilion sudahlah,

“untuk beli getah-getah pekebun kecil kita………….nak buat stok penimbal yang besar supaya harga getah boleh naik……….kasihan kepada mereka (penoreh getah) berjuta orang penoreh ………harga getah merudum jatuh,

“bukannya sebulan dua……sudah bertahun!!!,”tegas beliau.