DUNGUN – Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas diminta menjelaskan mengapa kedudukan harga minyak sawit dan getah yang masih rendah sejak ia mula merudum pada akhir tahun 2012.
Ketua Penerangan ANAK Kebangsaan, Naraza Muda menyatakan kebimbangan tentang laporan yang menyatakan bahawa harga ‘Buah Tandan Segar’ (BTS) akan jatuh lagi pada masa terdekat.
“Menteri manakah yang boleh mengesahkan, harga BTS sawit akan jatuh lagi berdasarkan penangguhan hantaran minyak sawit ke pasaran luar?,”ujarnya.


“peningkatan yang dilaporkan menjadi faktor tempahan minyak sawit negara ini dibatalkan negara pengimport (dan) cuaca yang baik mempengaruhi pengeluaran hasil soya ini.
“Bolehkah Menteri bagi pengesahan?,”soalnya lagi
Menurutnya, beberapa syarikat besar yang terlibat dengan industry ‘biodisel’ juga telah mengalihkan porfolio pelaburan kepada sektor minyak dan gas oleh kerana tiada galakan dari kerajaan untuk memajukan sektor ini.
Katanya, harga komoditi utama negara kelapa sawit dan getah yang rendah pada tempoh yang cukup lama menyebabkan kehidupan masyarakat luar Bandar terutamanya peneroka Felda tidak menentu.
“ia ditambah dengan kenaikan harga minyak RON95 yang biasa digunakan oleh orang-orang kampong dan peneroka Felda, naik 20 sen tahun 2013 dan naik lagi 20 sen pada 2014,
“kehidupan rakyat semakin tertekan…….mohon Menteri berkaitan memberi sedikit penjelasan yang munasabah,”tegasnya.




























