

Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad menyatakan, apa yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS semalam berkenaan tindakan selanjutnya tindakan, samada turun ke jalanrayua atau tidak merupakan hanya satu pandangan, bukan keputusan.
“Hari esok, Protes akan PROTES akan bermesyuarat, apa tindakan selanjutnya akan ditentukan,”kata Ustaz Idris Ahmad selepas menyampaikan ucaputama program Ijtimak Tarbawi Dungun, semalam.
Ketika ditanya tentang kenyataan Setiausaha PAS, Dato’ Mustafa Ali yang mengatakan PAS tidak akan turun ke jalanraya, Ustaz Idris berkata, ia adalah pandangan Dato’ Mustafa berdasarkan penilaian peribadi program PROTES sebelum ini.
“Tu dia (Dato’ Mustafa) kata hanya panadangan, dia kata mungkin tidak berlaku begitu, dia kata selama (sebelum) ini yang PROTES buat (demonstrasi) tu pun orang tak ramai, itu bukan penamat, itu pandangan peribadi dia,”jelas Ustaz Idris.
Kali terakhir program anjuran PROTES yang dadakan pada 6 Julai, 2008 di Kelana Jaya telah mengundang lebih banyak krityikan dari sanjungan.
Ustaz Idris sendiri dalam blognya menulis “Demo Protes ; Untung Secupak Rugi Seguni” ketika memberikan pandangan terhadap demo tertutup PTOTES yang diadakan dalam stadium Kelana Jaya.

























