KEMAMAN – Pengarah Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.4) Dr. Alias Razak berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan Himpunan Tahunan anjuran Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu.
Walaupun ada beberapa gangguan teknikal dan cuaca yang tidak menentu, namun begitu kata beliau kehadiran para pengunjung semakin bertambah.
“Cuma kita ada masalah kekurangan sumber (bekalan) elektrik dan ada yang blackout (bekalan terputus), tetapi alhamdulillah sambutan hari pertama, hari kedua amat memberangsangkan,
“Dan petang ini meriah sambutan yang Berjaya dengan pengunjung-pengunjung dari luar ramai yang hadir khususnya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan Program Ziarah Kebajikan dan Perubatan di Kampung Baru Kemasik pada petang ini.
Beliau turut bersyukur kerana kehadiran yang ramai itu dapat memberikan tumpuan kepada gerai-gerai dan pameran serta premis lain yang terlibat dalam Himpunan pada kali ini.
“InshaAllah malam ini cuaca yang baik yang (lebih ) baik dari semalam…” tambah beliau.
Sementara itu, beliau berkata Program Ziarah yang telah dilakukan pada hari ini mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat sekitar.
“Hari ini kita buat 11 kumpulan dan ziarah 11 UPU yang diwakili oleh wakil rakyat dan sambutan yang baik kerana respon daripada daripada kumpulan saya.
“Semoga program keluar kita ini akan merapatkan lagi hubungan antara masyarakat Terengganu memberi kesan yang positif untuk PAS yang bagi sumbangan,” jelasnya.