HARAP 3.2: 10 Ribu Langkah Bersama Presiden Dijangka Menjadi Tarikan

1881

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu sekali lagi akan menganjurkan program bersekala besar iaitu HARAP 3.2. yang merupakan singkatan Himpunan Harapan Semua dengan slogan PAS Harapan Semua.

Pengarahya, M.Shukrimun Shamsuddin berkata, antara matlamat Harap adalah untuk sentiasa menggerakkan petugas (amilin) PAS agar sentiasa beristiqamah melaksanaksakan kerja-kerja politik dan dakwah secara berjamaah.

IMG_20150830_135327“Program Harap juga merupakan salah satu aktiviti yang disusun dalam siri peta jalan “Road to WDI” iaitu siri program untuk menawan kembali Wisma Darul Iman kepada PAS buat kali ketiga.

“Program ini dimulai dengan aktiviti-aktiviti anjuran PAS Kawasan Dungun pada 17 September iaitu sehari sebelum Program Harap secara rasminya dilancarkan pada Jumaat malam 18 September oleh Presiden PAS,”ujarnya.

Katanya HARAP akan dipenuhi dengan aktiviti ilmu dan informasi sepertu Ceramah, Forum, Kuliyah, Katnival Jualan di samping aktiviti yang diuruskan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Bendahari PAS Terengganu itu berkata ‘Program 1000 Langkah Harap’ yang akan turut disertai oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Andul Hadi Awang dijangka menjadi tarikan ramai.

“Langkah Harap 10 ribu langkah yang akan disertai sama oleh Presiden PAS pada pukul 8 pagi hari Sabtu 19 September………. Aktiviti ini dibuka kepada semua.

“Sebagai Pengarah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan sambutan ini dan apa jua bentuk sekali pun,”ujarnya lagi.

Dngan penganjuran HARAP kali kedua ini beliau yakin, PAS akan menjadi satu-satunya parti yang diharapkan rakyat untuk memimpin dan memerintah selepas pilihan raya umum akan datang akan datang, khususnya di negeri ini.