KUALA NERUS – Seramai 5,000 orang ahli dan penyokong serta orang ramai menyertai aktiviti ‘Langkah Harap’, berjalan sejauh 10,000 langkah dalam Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1).
Setiausaha Panitia Induk HARAP 3.1, Ustaz Zakaria berkata perjalanan sejauh hampir 5 kilometer itumendapat reaksi positif.
“pada pagi ini seperti yang dijadualkan pada jam 9 pagi tadi kita mengadaakan acara ‘Langkah Harap’ mendapat penyertaan yang ramai seramai 5,000orang berjalan 1,000 langkah dalam (jarak) hampir 5 kilometer,
“Nampak kemeriahannya dan mendapat reaksi yang positif daripada penduduk sekitar dan orang ramai yang mennyaksikan ‘langkah’ kita itu,”ujarnya.
http://youtu.be/HL79mW6_QVg
Beliau yang ditemui selepas acara tersebut berkata ‘Langkah Harap’ berkata aktiviti itu adalah untuk meningkatkan syiar PAS disamping bersesuaian dengan seruan Kementerian Kesihatan.
Beliau berkata pelbagai golongan menyertai langkah tersebut termasuk di kalangan selebriti, golong tua dan muda sehingga kepada anak-anak yang masih kecil.
Zakaria yang juga Penolong Setiausaha PAS Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih dengan kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia yang mengawal perjalanan ‘Langkah Harap’ itu.
“dari semua golongan (ada) orang tua yang berumur 80an sehingga kanak-kanak kecil……..semua terlibat……..dan kita mendapat sokongan dan bantuan atau pun kerjasama dari pihak polis trafik sendiri,
“Alhamdulillah……kita ucap terima kasih kepada mereka yang telah memberi kerjasama membantu kelicinan program Langkah Harap,”jelasnya.
Beliau menyifatkan ‘Langkah Harap’ yang mendapat sokongan yang padu seluruh anggota dan penyokong PAS memberikan imej yang baik kepada PAS pada pandangan rakyat negeri Terengganu.




























