Terengganu, Malaysia

HARAP 3.0; Peta Laluan Ke Wisma Darul Iman

20150718_225516

KUALA TERENGGANU – PAS negeri Terengganu akan meletakkan fokus dan menggandakan usaha di semua peringkat bagi menghadapi pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) akan datang, untuk mencapai kemenangan.

Pesuruhjayanya Ustaz satiful Bahri Mamat berkata, walaupun terdapat perkembangan politik dalaman PAS, tetapi parti itu tidak menghadapi banyak masalah di negeri ini.

perantau 1436“kita di negeri Terengganu alhamdulillah, walaupun kita tengok ada sedikit suasana politik dan perkembangan (dalaman) mutakhir ini,

“in sha Allah dikurniakan dari utara ke utara ke selatan, Besut ke Kemaman PAS tidak menghadapi sebarang masalah yang dihadapi seluruh ahli dan tenaga kerja kita,”jelasnya.

Bercakap pada lebih 300 hadirin pada Majis Ramah Mesra Eidul Fitri bersama anak-anak Terengganu di Perantauan, beliau yakin PAS Terengganu akan dapat meningkatkan keahlian dan memperkukuhkan perpaduan.

Program tahunan itu sempena sambutan Hari raya Eidulfitri telah diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Ibai dekat sini semalam 18 Julai.

Majlis santai sambil berdailog itu telah dirasmikan oleh Presiden PAS Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang telah memberikan penerangan panjang lebar berkait sejarah dan masa depan PAS.

20150718_214816 (2)Mengulas persiapan menghadapi PRU14, Ustaz Satiful yang juga ADUN Paka berkata, PAS Terengganu telah menggagaskan pelan tindakan ‘Peta Laluan Ke Wisma Darul Iman – Road Map To Wisma Darul Iman’ bagi mencapai HARAP 3.0.

Katanya, PAS telah menang buat kali pertama pada pilihan raya umum kali ke-3 tahun 1969 dan kali kedua menjadi pemerintah selepas pilihan raya umum kali ke-10 tahun 1999.

“Oleh itu kita melerakkan HARAP 3.0 untuk kembali mentadbir negeri Terengganu ini buat kali ketiga pada pilihan rayaumum yang akan datang,

“dengan tema ‘Harapan Untuk Semua’ yang telah dilancarkan di DUN Seberang takir pada bulan Januari lalu,”ujarnya.

Oleh itu, menurut beliau, adalah penting bai semua pihak meletakkan harapan dan kepercayaan kepada PAS bagi melaksanakan ‘Negara Berkebajikan’ dan agenda untuk rakyat yang tidak dapat dipenuhi pada pemerintahan kali kedua.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan