Selepas gempa bumi kuat yang berlaku pada awal bulan ini, hampir setiap hari bumi Ranau di Sabah digegar oleh gempa dan satu lagi gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 8.38 malam Sabtu, 27 Jun.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terbaru itu terletak 11 kilometer dari barat Ranau telah dirasai gegarannya dan pihaknya sedang memantau perkembangan itu.
Pada 1.35 tengah hari Sabtu, gempa bumi lemah berukuran 2.8 pada skala Richter melanda Ranau dan sejak 5 Jun lalu hampir 100 gegeran kecil telah berlaku.
Menurut Che Gayah Ismail, Pegawai Di Pejabat Meteorologi Ranau, peta di bawah menunjukkan lokasi kejadian gempa bumi di Sabah berikutan dengan kejadian gempabumi magnitude 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 5 Jun 2015.
Sebanyak 91 gempa susulan bermagnitud antara 1.6 hingga 5.1 pada skala Richter telah berlaku sehingga 23 Jun 2015.
Pada 5 Jun lepas, Ranau dilanda gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang menyebabkan 18 nyawa terkorban.










