Hamas nafi dakwaan bom di Sinai tertera ‘Ezz al-Din al-Qassam’

1021

Pergerakan Kebangkitan Rakyat Palestin, Hamas pada hari Ahad menolak tuduhan tentera Mesir yang mendakwa kumpulan militan di Semenanjung Sinai adalah ‘kaitan’ Hamas dan menegaskan, ia “satu pembohongan yang nyata”.

“Kenyataan (tentera Mesir) yang merampas bom tangan di Sinai dengan ‘tag’ Ezz al-Din al-Qassam adalah pembohongan dan pemalsuan yang dibuat oleh pasukan keselamatan Mesir,” kata Yehia Moussa

Beliau menegaskan Hamas adalah pihak yang paling utama di dalam memelihara keselamatan negara Mesir, melebihi pegawai-pegawai Mesir sendiri yang hanya pandai bercakap mengenainya.

Kolonel Ahmed Aly, jurucakap tentera Mesir, memberitahu sidang akhbar awal pagi semalam Sabtu 15 September bahawa beberapa senjata yang dijumpai dalam milikan pengganas di Sinai tertera nama tentera sayap Hamas, Briged Ezz al-Din al-Qassam .

Dalam perkembangan yang sama di Gaza, jurucakap kerajaan Hamas Ihab al-Ghussein menafikan militan telah menggunakan wilayah Palestin sebagai ‘platform’ untuk melancarkan operasi terhadap Mesir.

“Kami menafikan sebarang hubungan antara Gaza, Hamas dan kerajaannya dengan terowong dan bahan letupan yang telah disebut oleh jurucakap tentera Mesir hari ini,” al-Ghussein kepada pemberita.

Tentera Mesir melancarkan serangan baru-baru ini Sinai Sabtu lalu sebagai tindak balas kepada serangan militan yang mereka katakan telah membunuh lebih daripada 100 anggota polis dan tentera pada bulan-bulan kebelakangan ini.

Dalam serangan tunggal yang paling teruk, lelaki bersenjata menarik rekrut polis dari bas dan menembak 25 daripada mereka mati pada 19 Ogos Dan minggu lepas, dalam satu peningkatan baru, dua pengebom berani mati meenyasarkan sebuah bangunan perisikan tentera hampir serentak, membunuh sekurang-kurangnya enam tentera.

Dalam serangan yang berikutnya, tentera Mesir mula merobohkan rumah-rumah di sepanjang sempadan Gaza untuk menghalang aliran militan dan senjata [Gambar atas].
.
Tentera Mesir telah melancarkan serangan terhadap kumpulan militan yang dianggap berpangkalan di Semenanjung Sinai, bersempadan dengan Israel dan Semenanjung Gaza.

Pihak tentera juga telah memusnahkan terowong bawah tanah di sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza, yang telah menyebabkan bahang kesukaran hidup di bawah sekatan 7 tahun Israel kembali semula melanda penduduk Gaza.