Hamas dan tiga kumpulan pejuang Palestin yang lain mengutuk usaha Paris bertujuan untuk memulakan semula rundingan damai dengan Israel, yang menolak pendirian rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka.
Hamas, Jihad Islam, Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin dan Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin, telah mengeluarkan kenyataan bersama, menolak usaha yang diterajui kerajaan Perancis.
“Idea yang dikemukakan dalam inisiatif Perancis merupakan satu pencerobohan yang serius terhadap permintaan lama [Palestin], terutama hak untuk kembali,
Perisytiharan itu bertepatan dengan mesyuarat menteri-menteri luar yang diadakan pada Jumaat di Paris, bertujuan untuk meningkatkan sokongan untuk inisiatif Perancis,
Namun begitu, Presiden Palestin, Mahmud Abbas dan pergerakan Fatah serta rejim Israel, berdiri teguh di belakang inisiatif Perancis.
Beberapa juta orang pelarian Palestin yang hidup di negara-negara sekitar Israel dan Palestin menuntut hak mereka agar dibenarkan untuk kembali ke tanah mereka.
“Kami menegaskan penolakan kami inisiatif ini dan setiap langkah yang bertujuan untuk kembali ke rundingan (adalah) sia-sia,”tegas kenyataan itu.
Perancis dilaporkan telah membawa Amerika Syarikat dan negara-negara lain ke meja rundingan, tetapi tanpa penyertaan Israel atau Pihak Berkuasa Palestin.
Inisiatif lima perkara Perancis termasuk penetapan sempadan 1967 antara Israel dan negara Palestin di masa hadapan dan menjadikan Jerusalem sebagai ibukota kedua-dua negeri.