Hamas Buru ‘Tali Barut’ Israel

1212
http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/pintu%20rafah.jpg

Kol Mohammed Lafi dari Kementerian Dalam Negeri Gaza berkata pada Isnin lalu, bahawa kempen itu bertujuan untuk melindungi kumpulan pejuang Palestin menentang Israel dan beliau memberikan amaran keras kepada rakyat Palestin, bahayanya perbuatan ‘mengintip’ bagi pihak Israel.

Menurutnya, pihak pegawai keselamatan rejim Israel telah lama bergantung pada rangkaian ‘tali barut’ di wilayah Palestin untuk untuk mendapat maklumat ketenteraan dan gerakan pejuang Palestin.

Sejak Hamas menguasai Gaza pada tahun 2007, ia telah tindakan keras kepada rakyat Palestin yang didapati kerjasama dengan Israel.

Seramai 24 orang telah ditembak oleh pasukan bersenjata dan 20 orang yang lainnya dipenjara kerana didapati menjadi ‘munafik’ dan menjadi penyumbang maklumat kepada pihak keselamatan israel.

Sehubungan itu, satu kumpulan hak asasi di Palestin menggesa Hamas untuk memastikan perbicaraan yang adil kepada mereka yang tertuduh.

Lafi berkata pelbagai kempen telah dibuat, termasuk mengeluarkan iklan di kaca TV dan tawaran pengampunan, yang bermula pada hari Rabu, 6 Mac.

[Gambar – ‘bersesak di pintu Rafah’; Gaza menjadi tumpuan dunia apabila pintu masuk ‘Rafah’ dibuka oleh pemerintah Mesir sejak parti keadilan dan kebebasan, sayap politik Ikhwan al-muslimun Mesir menang dalam pilihanraya bebas, selepas kejatuhan diktator Hosni Mubarak dua tahun lalu]

UN Batalkan Larian Maraton

Sementara itu pada perkembangan lain, pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada minggu lalu telah membatalkan acara larian maraton di Gaza kerana Hamas telah mengharamkan pelari wanita dari menyertainya.

Larian maraton ketiga Gaza, acara mengumpul dana tahunan yang dirancang pada 10 April depan, telah dibatalkan selepas pemimpin Islam wilayah Palestin menghalang peserta wanita daripada menyertai, kata penganjurnya, Adnan Abu Hasna dari Agensi Bantuan PBB.

Menurut jurucakap PBB itu, pengharaman tersebut adalah usaha terbaru Hamas dalam siri keputusannya menguatkuasakan peraturan Islam pada masyarakat  Islam Palestin.

Namun, menurutnya beberapa langkah melaksanakan hukum-hukum Islam yang telah dilakukan oleh Hamas adalah disokong oleh rakyat Gaza, dan penguatkuasaan telah dibuat.

Namun begitu, Hamas membenarkan penyertaan seramai 1,600 kanak-kanak perempuan peringkat sekolah dan hanya membantah penyertaan seramai 370 orang wanita dewasa, termasuk peserta dari luar negara.

Jurucakap untuk pemerintah Hamas Taher al-Nounou berkata, PBB perlu menghormati keputusan pemerintah Gaza.

“pemerintah Gaza telah memaklumkan kepada agensi PBB, bahawa maraton perlu menghormati beberapa peraturan yang berkaitan dengan tradisi dan adat resam rakyat Palestin.”ujarnya dalam mesej teks yang dihantar oleh pemerintah Gaza kepada agensi PBB terbabit.