Hakim Yang Mengendalikan Kes Pimpinan Ikhwan Tarik Diri

1054

Hakim-hakim mengendalikan perbicaraan pemimpin Ikhwan Muslimin Mesir telah menarik diri dari menghakinkan perbicaran tersebut , memetik ungkapan ‘ketidakselesaan dan keresahan’ para peguambela yang berkata panel yang mengedalikan kes itu telah menerima tekanan bagi melagsungkan perbicaran kerana ia bersidang dalam penjara.

Hakim Mohammed el-Qarmouti dari panel tiga hakim di Mahkamah Jenayah Kaherah mengumumkan keputusan untuk menaik diri pada Selasa, sebaik sebelum sesi kedua perbicaraan tersebut bermula.

“Kami menarik diri dalam kedua-dua kes dan kami menghantar kembali kes kepada ketua mahkamah rayuan. Ketua mahkamah rayuan akan memberikan kes-kes ke mahkamah lain. Sementara itu, defendan masih dipenjarakan,” kata el-Qarmouti.

Langkah itu memaksa perbicaraan 35 tokoh Ikhwan, termasuk pemimpin tertinggi kumpulan itu Mohammed Badie, dimulakan sekali lagi, walaupun sepatutnya perbicaraan pada hari Selasa adalah hanya untuk sesi kedua.

Kes yang sedang dibicarakan adalah siri yang pertama dalam apa yang akan menjadi satu siri panjang perbicaraan ahli-ahli Ikhwan, termasuk bekas Presiden Mohammed Morsi yang didakwa atas tuduhan menghasut pembunuhan penunjuk perasaan.

Tetapi Badie dan defendan lain tidak hadir, mungkin dilihat atas sebab-sebab keselamatan, kerana bimbang kemunculan mereka akan mencetuskan protes oleh penyokong diluar mahkamah.

Melaksanakan perbicaraan di dalam penjara mungkin akan membolehkan kawalan keselamatan yang lebih ketat.

“Keputusan menarik diri adalah disebabkan oleh hakikat kerana defendan tidak hadir. Terutamanya, selepas hakim-hakim terbabit telah berjanji kepada panel peguambela (defendan) bahawa mereka yang akan dibicarakan akan hadir ke mahkamah. Tetapi kementerian dalam negeri tidak membawa para defendan ke mahkamah,” kata jurucakap peguam bela Mohamed Eldamaty.

Defendan termasuk enam pemimpin kanan, termasuk Badie dan timbalan beliau Khairat el-Shater, pembiaya utama kumpulan ikhwan dan empat angggota Ikhwan yanglain.

Mereka adalah dalam perbicaraan atas tuduhan hasutan, berpunca dari pertempuran yag berlaku pada30 Jun, yang mengakibatkan sembilan orang terbunuh apabila dikatakan ‘kononnya’ ahli-ahli Ikhwan melepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaanyang menyerang ibu pejabat mereka di Kaherah.
|
Manakala 29 ahli-ahli Ikhwan lain yang akan dibicarakan adala pemimpin peringkat pertengahan dan baahantahap rendah – sumber al-JaZeera