Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Hubungan pelbagai kaum wajar dipelihara, seiring dengan hasrat PAS yang mahu menjadikan parti itu sebagai parti ‘harapan untuk semua’, khususnya dalam merayakan hari-hari kebesaran seperti menyambut Tahun Baru Cina.


“Tahun ini kita kekalkan tradisi agih limau sempena Tahun Baru Cina. Tahun ini lebih ramai penerima kerana kita ambil tarikh awal jadi mereka belum balik beraya.
“Walaupun hanya beberapa orang sahaja pengundi di DUN Wakaf Mempelam, kita merasakan perlu untuk kita menjaga kebajikan mereka kerana ada antara mereka yang tinggal di sini dari bujang sehingga bercucu,”ujarnya.


Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah terbabit bagi DUN tersebut, Hamdan Ibrahim berkata, beliau telah merancang lebih awal untuk mengagihkan 100 kotak limau, tanda bersama merayakan ‘Tahun Monyet Api’ yang disambut masyarakat Cina pada tahun ini.
“program tahun ini masuk tahun ke empat………….setiap tahun kita akanberi sumbangan kepada masyarakat Cina di sini,
“tahun ini sebanyak 100 buah premis samada rumah atau kedai yang kita lawati,”ujarnya selepas menamatkan ‘pusingan pertama’ agihan di sepanjang Durian Burung dan Jalan Kelantan pada pagi, Rabu 3 Februari.


“setiap tahun saya dan isteri terima limau mandarin dari YB………..tahun ini pun kita terima, harap tiap tahun terima nanti boleh bercakap dan bertanya tentang politik dengan YB,”ujar Yeow Boon Leong.
Peniaga yang berumur 62 tahun itu, berasal dari Banting Selangor dan telah menetap di negeri ini selama 35 tahun.
Turut sama dalam ziarah sempena Tahun Baru Cina itu ialah Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Haji Razali Abd Ghani dan isteri Haji Wahid, Wan Fatimah.




























