Dewan Pemuda Pas Wilayah dengan kerjasama Lujnah Perpaduan Nasional Pemuda Pas Malaysia telah menziarahi Rumah Kebajikan Charis pada 18 Februari iaitu semalam. Rumah Kebajikan tersebut terletak di Parlimen Cheras yang menempatkan kira kira 25 orang warga emas berbangsa Cina.


Ziarah berbentuk santai ini bermula denga sesi mengeteh bersama mereka dengan bertanya khabar kesihatan mereka di samping berbual bual mengenai kehidupan seharian mereka. Luluh hati kami apabila mengenangkan kisah mereka namun kami setia mendengar celoteh mereka walaupun hati kami menangis sambil berdoa agar Allah memberi kemudahan mereka meniti usia emas.


Sebelum beransur pulang, pihak kami sekali lagi menyerahkan cenderamata kepada pihak pengurusan sebagai tanda kenang-kenangan dan mengambil gambar bersama semua penghuni rumah tersebut. Semoga dengan lawatan mahabah ini dapat meluaskan lagi skop dakwah Pas dikalangan bukan Muslim yang bersesuaian slogan Pas Untuk Semua.



























