GONG XI FA CAI

863

Shǔ nián xíng dà yùn

Saya telah dijemput merasmikan Karnival Perayaan Tahun Baru Cina 2020 anjuran Dewan Perhimpunan Tionghua Terengganu malam tadi bertempat di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.

Turut hadir YBM Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Wong Fong Meng, Penasihat Dewan Tionghua, Dr Balachandran, Pegawai Khas YAB DS Menteri Besar Terengganu, Jefri Chua, Pengerusi MPKK Kampung Cina, pelbagai pemimpin persatuan persatuan gabungan Dewan Tiong Hua, Hakka, Tew Chew, Hailam dll.

Terima kasih En Tan Beng San, Presiden Dewan Himpunan Tionghua di atas jemputan yang sungguh bermakna ini.

Saya telah mengambil kesempatan menyantuni pengunjung dari pelbagai kaum yang hadir termasuk pelancong yg sungguh teruja melihat suasana perpaduan dan harmoni pelbagai kaum di Terengganu. Saya merasa seronok sekali mengagihkan Ang Pow, jelas sekali tradisi budaya ini cukup menambah suasana ceria perayaan khususnya di kalangan kanak kanak.

Dalam ucapan perasmian, saya berkongsi beberapa pencapaian yg telah bersama dicapai hasil usaha gigih pelbagai peringkat pemimpin hingga ke akar umbi yg antara lain pencapaian Bandaraya Kuala Terengganu sebagai Bandar Paling Gembira dalam kajian indeks Kebahagian Malaysia (2019), mengatasi Melaka sebagai negeri paling bersih (2019) dan negeri paling rendah kadar Jenayah indeks (2019).

Saya mengajak semua peringkat membuka lembaran baru silaturrahim yg lebih erat antara kaum untuk memupuk perpaduan dan harmoni dan azam untuk melipat gandakan usaha dan kerja gigih menjayakan Terengganu yang Maju, Berkat dan Sejahtera untuk seluruh rakyat.

AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu