Golongan Melayu Yang Masih Menyokong UMNO/BN

991

Walaupun Pakatan Rakyat menang empat dari lima pilihanraya kecil sejak Mac tahun lalu,  golongan pengundi masih yang menyokong UMNO tidak berganjak.
http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/04/penyokongpas1.JPGAnalisa keputusan pilihanraya umum ke 12 dan lima pilihanraya kecil menunjukkan peubahan ketara dikalangan masyarakat Cina dan India namun sebaiknya kepada orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad telah menyenaraikan 16 golongan yang masih menyokong UMNO.

Menurutnya golongan yang pertama adalah rakyat Malaysia yang masih tidak terdedah dengan maklumat dan kurang kemudahan dan tinggal jauh di kawasan pedalaman.

“Sebab itu Kuala (Terengganu) kita menang, Permatang (Pauh) kita menang, Bukit (Gantang dan Selambau) kita menang, (tapi) Batang Ai masih dalam kawalan (UMNO/BN),”katanya dalam Majlis Ceramah Penerangan yang diadakan di bandar Chukai, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata golongan nasionalis Melayu ‘totok’ merupakan golongan kedua yang menjadi pengundi tegar UMNO.

Katanya, golongan tersebut hanya memperjuangkan bangsa semata-mata seperti allahyarham Tun Ghafar Baba dan beberapa tokoh veteran UMNO yang lain.

Ustaz Idris turut mengkategorikan beberapa kelompok lain yang masih menyokong UMNO seperti dibawah;

  1. Orang yang mempunyai kepentingan, berniaga dengan kontrak kerajaan.
  2. Golongan pengampuhttp://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/04/penyokongpas.JPG
  3. Ustaz-ustaz ‘dollar and cents’
  4. Orang yang jarang pergi ke surau
  5. Orang yang tidak minat mempelajari agama
  6. Golongan anti agama
  7. Golongan Perasuah
  8. Orang yang miskin dan jahil
  9. Orang yang mempunyai jiwa yang kerdil
  10. Orang yang keras hati
  11. Golongan yang duduk dalam zon selesa
  12. Orang yang longgar pegangan agama
  13. Golongan yang jauh dengan ulama’
  14. Golongan yang suka memisahkan kehidupan dunia dan akhirat


Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Pusat Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Yang DiPertua PAS Kemaman Hj Ismail Harun dan Pengerusi MTD Chukai Haji Hanafiah Ramli. Lihat 
http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/03/symbolvideo.gif