Gaza Trip (13 – 26 June 2010 )

905

Kami sampai di Mesir pada Hari Ahad, 13 Jun jam 5 petang waktu tempatan. Rombongan ini di sertai oleh 5 anggota AMAL : –

Dr Hj Abd Rani bin Osman (Naib Presiden AMAL)
Dr Syed Ahmad bin Syed Mohd Ali ( AJK AMAL Selangor)
Hj Jamsari bin Marsom (AJK AMAL Pusat )
Mohd Fauzi bin Abu Samah ( Naib Pengerusi 1 AMAL N.Trengganu )
Hj Mohd Aszmi bin Annuar ( AJK AMAL Selangor)

Kami telah berkunjung ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Penerangan telah di berikan oleh Encik Iskandar Harman (SU 3 Kedutaan Besar Malaysia)

Daripada taklimat yang diberikan, kami difahamkan bahawa sehingga terkini pihak kerajaan Mesir telah mengeluarkan arahan baru sebanyak 7 iaitu;

Antara syarat yang di tetapkan oleh MFA ( Ministry of Foreign Affairs ) ialah :

Penghantaran bantuan melalui konvoi daratan tidak di benarkan. Penghantaran bantuan melalui kapal laut hanya di benarkan berlabuh di Pelabuhan El Arish. Hanya bahan bantuan berbentuk makanan, minuman dan perubatan yang di benarkan untuk disalurkan. Para sukarelawan tidak di izinkan untuk mengikuti rombongan tersebut.

Penghantaran hanya boleh di jalankan melalui Bulan Sabit Merah Mesir ( Egyptian Red Crescent ). Penderma terpaksa menanggung kos penyimpanan, penyusunan, pengangkutan dan pengendalian barang-barang bantuan.

Penderma mestilah mendapatkan kebenaran bertulis dari pihak UNRWA ( UN Relief & Work Agency ) keatas barang-barang yang perlu di hantar ke Ghaza. Kebenaran ini hendaklah di kepilkan bersama permohonan yang di kemukakan kepada Pihak Berkuasa Mesir ( Egyptian Authority )

Kebenaran bertulis perlu di dapati dari Pihak Berkuasa Mesir sebelum apa-apa penghantaran di buat ke Gaza.

Mohd Fauzi Abu Samah
Setiausaha Misi