Ghani Patail Berniat Jahat – Fariz Musa

1032

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Ghani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional (BN) berjumlah  28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.
http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/05/kalau%20berani%20pecatlah%20saya.jpg
Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.

Beliau memperosalkan, sekiranya Dato’ Seri Mohd. Nizar Jamaludin boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said ?

“Menteri Besar Negeri Terengganu, Dato’ Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN,  

“sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,”katanya

Fariz berkata, ekoran persengketaan politik dalaman, perpecahan UMNO/BN Negeri Terengganu begitu parah sehingga Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak , terpaksa menurunkan pangkat Ahmad Said.

“Naib Presiden UMNO Dato’ Seri Hisamuddin Husein dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu menggantikan Ahmad,

“bermakna Ahmad Said gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan,”ujarnya ketika menghubungi Buletinonline semalam.

Oleh itu, katanya Najib sepatutnya melucutkan jawatan Ahmad Said kerana ADUN-ADUN UMNO/Barisan Nasional sudah hilang kepercayaan kepada beliau.

Katanya Najib sepatutnya mengambilkan tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap Kerajaan Negeri Perak .

Katanya, tindakan ADUN-ADUN UMNO / BN menolak , menentang dan hilang kepercayaan terhadap Ahmad begitu jelas, terbuka dan tanpa segan dan silu menolak kepimpinan dan peribadi Ahmad Said.

Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat, membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat ( mala-fide ), berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Sah Pilihan Rakyat Datuk Seri Nizar dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir .

Katanya, sekiranya hujah Tan Sri Ghani Patail diterima mahkamah dan ia menjadi ‘precedent case’ ( kes ikutan ) , justeru Najib mesti melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

AMK Negeri Terengganu turut mencadangkan, adalah lebih baik Ahmad Said segera melepaskan jawatan Menteri Besar Negeri Terengganu secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO/ Barisan Nasional