KEMAMAN – Pintu gerbang berkonsepkan ‘Penyatuan Ummah’ bagi program Himpunan Harapan Semua Kali Keempat (HARAP 3.4) akan mengambil masa seminggu untuk disiapkan.
Ketua Persiapan YB Haji Hanafiah Mat berkata, empat batang tiang ialah lambang berkaitan hukum yang menjadi rujukan tertinggi iaitu Kitabullah (al-Quran), Sunnah Rasul (Hadith), Ijmak Ulamak serta Qias yang terang dan nyata.
“ada dua rehal di kiri dan kanan (pintu gerbang) tu maksudnya …………al-Quran dan al-Hadis dan kubah serta bulan bintang tengah (itu) melambangkan ISLAM adalah pegangan PAS,
“seluruh binaan pintu gerbang ini berkonsepkan ‘Penyatuan Ummah’ dam akan adapat disiapkan dalam masa seminggu,”ujar ADUN Chukai itu, yang ditemui ketika meninjau kerja-kerja tersebu di tapak HARAP 3.4, pekan Kemsek di sini.
Sehubungan itu, beliau menyeru dan menngajak seluruh rakyat Terengganuuntuk sama-sama memeriahkan Himpunan tersebut dirasmikan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, Presiden Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) an Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan akan hadir dan menyampaikan ucapan.
“Saya menyeru kepada ahli dan penyokong PAS, semua rakan taulan sahabat handai, termasuk ahli dan bekas-bekas ahli Umno untuk hadir sambil memeriahkan suasana dan bertemu muka dengan Presiden PAS ‘Tok Guru Haji Hadi’,

“dan Presiden Bersatu Tan Sri Muyiddin Yassin yan telah mennesahakan akah hadir,”jelasnya.
Katanya, semua persiapan yang penuh teliti dan berhemah akan dilaksanakan bagi memastikan ribuan pengunjung, selesa menghadiri program selama empat hari empat malam itu.
Beliau turut mengucapkan teima kasih kepada pasaraya besar Sabasun yang telah memberikan izin penggunaan tapak premisnya itu.
“Kami menyediakan 120 buah gerai dengan kadar sewa RM 700.00 sebuah……….luas tanah tapak HARAP ini lebih kurang harap enam ekar dan saya bagi pihak PAS Terengganu mengucapkan terima kasih pihak Sabasun yang membenarkan kita menggunakannya,
“saya juga berkongsi simpati dan kesedihan atas ujian yang telah menimpa semua warga Sabasun yang telah, semoga ia dapat menambahkan keimanan kepada hambanya bagi mendapat balasan diakhirat nanti,”kata beliau yang juga Penolong Setiasusaha PAS Terengganu.
Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno, akan diadakan pada 28 September hingga 1 Oktober 2016 depan, dengan pelbagai program yang disusun seperti ceramah isu semasa, kuliah agama, bersama selebriti, persembahan seni pertahanan diri, jualan mega dan banyak lagi.
Berita berkait;
Kemaman Menjadi Tuan Rumah HARAP 3.4
https://youtu.be/cDae9Rc_voY










