Gerak Kerja Rapi Untuk Menang PRK Kemaman

170

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Jadual dan program sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2 Disember nanti telah disusun rapi, bagi meneruskan gerak kerja memenangkan PAS di Kemaman.

Ketua Ameerah Terengganu, Asma Abdullah, muslimat muda PAS sentiasa bergerak aktif bagi memastikan setiap jentera bekerja keras dan berjalan lancar.

“Walaupun PRK Kemaman sekali lagi diadakan susulan keputusan petisyen oleh pihak Barisan Nasional,

“Ameerah Terengganu komited dan terus menyeru penduduk Kemaman untuk kekal memilih PAS.

“Jentera Ameerah di peringkat Kawasan Kemaman dan juga empat DUN di sini menyatakan tekad untuk mengekalkan kerusi PAS bagi Parlimen Kemaman,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Katanya lagi, Ameerah negeri mengadakan program berbentuk santai, antaranya bowling di peringkat DUN Kemasik.

“Rata-rata peserta menyatakan, gembira dengan penganjuran dan sangat menghargai usaha Ameerah meraikan serta menyantuni minat kalangan wanita muda.

“Mereka juga memberikan keyakinan dan kepercayaan kepimpinan PAS mampu mentadbir Parlimen Kemaman, seperti mana mampu membangunkan Negeri Terengganu,” tambah Asma lagi.