Generasi Muda Pulau Redang Gesa Kerajaan Pantau Pembinaan Rumah Flet

1756

Pulau Redang, KUALA TERENGGANU – Pihak berkuasa khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta memberikan perhatian terhadap pembinaan rumah pangsa di Kampung Baru Pulau Redang bagi memastikan ia memenuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan.

Kebimbangan generasi muda pulau pelancongan itu timbul disebalik sukacita mereka terhadap pembinaan rumah yang didakwa kerajaan akan diutamakan pembahagian kepada mereka.

HasmiziWakil mereka Mohd Hasmizi Hassan, 24, berkata, mereka yang tinggal di pulau tersebut memantau perkembangan pembangunan yang dilaksanakan menggesa tindakan diambil bagi megelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.

“pembinaan rumah flet itu menggunakan ‘batu ringan’atau gabus itu taka pa sekiranya ia adalah bahan yang ‘standard’ tetapi saya lihat mereka hanya menggunakan simen biasa,

“sepatutnya mereka (kontraktor) enggunakan ‘simen gam’ supaya batu ringan atau gabus itu benar-benar kukuh dan selamat,”ujarnya.

Tinjauan yang dibuat juga mendapati, pembinaan flet tersebut tidak ‘rancak’ dan ‘tersekat-sekat’, akan melambatkan penyiapan rumah tersebut.

Papan tanda pembinaan yang dipaparkan juga tidak ada tarikh sasaran siap projek bagi pembinaan yang dimulakan pada

Rakan Hasmizi, Azizi Hamzah, 24, berkata perkara tersebut meimbulkan kemusykilan kepada para penduduk setempat.

rumah flet pulau redang1a“kita tengok gitulah………tak tahu bila akan siap, sedangkan surat temuduga untuk rumah itu telah dipanggil tetapi rumah flet itu tak tahu bila siap,

“kita harap kerajaan dapat siapkan secepat mungkin sebab semakin ramai ramai budak-budak muda kini sudah berumahtangga tetapi masih menumpang keluarga di rumah lama,”ujar beliau yang bekerja sebagai pembantu pelancong persendirian.

Sehubungan itu, Hasmizi turut menggesa supaya kerajaan negeri khususnya Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memastikan pembahagian rumah tersebut hanya kepada penduduk tempatan sahaja.

Beliau berharap tidak ada unsur-unsur campurtangan politik yang meyebabkan ‘orang luar’ yang mempunyai hubungan dengan pihak tertentu dapat memiliki rumah flet tersebut.

Sementara itu, Azizi berharap agar, rumah flet mampu milik itu dijual dengan kaedah ‘sewa beli’ yang akhirnya akan menjadi milik kepada anak-anak jati Pulau Redang dan bukannya ‘sewa sahaja’ sebagaimana projek-projek rumah flet dan pangsa puri yang dibina kerajaan seperti di Pulau Duyong dan Flet Ladang Gemilang.