GENERASI Bertapak Di Felda Selasih

2279

SETIU – ‘Kubu kuat’ Felda Selasih yang selama ini menjadi simpanan tetap Umno dan Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya umum berjaya ‘dipecahkan’ semalam, dengan penubuhan NGO GENERASI.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, lembaran baru bagi sejarah perjuangan komuniti Felda telah terukir dengan penubuhan NGO tersebut.

“Setelah bebarapa kali dalam tempoh yang agak lama cubaan kita untuk mengadakan program secara agak terbuka di Felda ini (tetapi) seringkali terhalang,

IMG_20151104_163847“maka pada malam ni kita buka satu buku baru dan meletakkan satu asas sejarah kepada perjuangan masyarakat Felda,”ujarnya ketika berucap pada pembukaan majlis tersebut.

Menurutnya, program sulung itu berjaya menghimpunkan jumlah yang memberansangkan, kira-kira 40 orang peserta di kalangan peneroka dan anak-anak generasi kedua Felda Selasih.
Beliau mengucapkan tahniah dan syabas terutamanya kepada anak-anak muda Felda yang berani.

“Penghargaan kepada masyarakat Felda yang telah berjaya mengenepikan rasa takut kepada ugutan dan tekanan pengurusan Felda yang didokongi Umno,

“untuk membuka pintu kepada NGO GENERASI yang berperanan sebagai kuasa ketiga dalam perjuangan menuntut hak peneroka dan anak-anak generasi peneroka,”jelasnya.

Taklimat berkaitan NGO GENERASI telah disampaikan oleh Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat, Naraza Muda.

IMG_20151104_163931Naraza menegaskan, penubuhan NGO tersebut bukan untuk mencari musuh atau berbalah dengan mana-mana pihak, tetapi untuk melonjakkan suara anak-anak Felda.

“NGO GENERASI bukannya nak berbalah atau mewujudkan masalah dengan pengurusan Felda, tetapi GENERASI berperanan untuk membawa suara peneroka dan anak-anak Felda

“dalam memperjuangkan hak yang telah ditentukan oleh peraturan dan undang-undang.”ujarnya.

Katanya, isu perumahan untuk generasi kedua Felda adalah antara isu besar yang menjadi teras perjuangan GENERASI.

Tetamu khas dalam program tersebut yang turut menyampaikan ucapan ialahPengeserusi Lujnah Pengerusi Lujnah Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Terengganu, YB Dr Alias Razak.

Tapak asas penubuhan NGO Generasi Felda Selasih telah berjaya diletakkan dengan pelantikan anak jati Felda Selasih, Zulkifli Zakaria sebagai Pengerusi GENERASI di Felda itu.

Beliau yang ditemui selepas program berjanji akan melakukan yang terbaik sekadar yang terdaya bagi menjayakan tujuan penubuhan GENERASI.