KUALA TERENGGANU – Semenanjung Gaza adalah banteng terakhir ummah di bumi Palestin yang mesti dipertahankan oleh semua umat Islam di seluruh dunia.
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bumi Paalestin terbahagi kepada dua dan satu-satunya wilayah yang masih lagi kekal dikuasai oleh Islam ialah wilayah ataupun negeri Gaza.
“Sekiranya Gaza ini Berjaya diambil oleh zionis Israel, maka keseluruhan Palestin berada di tangan Israel.
“Gaza merupakan atau satu-satunya, kubu terakhir umat Islam di Palestin,”jelasnya ketika berucap pada Himpunan Solidariti bersama Gaza yang diadakan di masjid Jamek Pengadang Baru pada Jumaat 11 Julai.


Oleh itu, beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, menyeru seluruh umat manusia memberi sokongan dan dokongan yang padu kepada Gaza atas nama kemanusiaan dan kasihan belas.
“kita wajib memberikan sokongan dan dokongan yang padu kepada Gaza kerana peristiwa serangan yang berlaku menunjukkan Israel dan sekutunya langsung tidak mempunyai belas kasihan,
“khususnya kepada umat Islam pada bulan Ramadhan (yang) berlapar, dahaga untuk menunaikan ibadah kepada Allah dan beribadat kepada Allah pada malam hari mereka (rejim Israel) melancarkan serangan,”ujarnya.
Justeru beliau menyeru seluruh masyarakat yang prihatin, terutama umat Islam supaya berdoa kepada Allah dan melakukan apa sahaja bagi membantu rakyat Gaza menumbangkan musuhnya.
“Insya Allah, dengan kesepaduan umat Islam, di Palestin, di Seluruh dunia, kita panjatkan doa kepada Allah, kita akan melakukan apa-apa saja untuk menumbangkan musuh di Palestin, Insya Allah,”tegas beliau.
Turut serta berucap pada program tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah.
Perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di hadapan masjid, terpaksa diteruskan dalam masjid kerana hujan lebat yang turun sejurus selepas solat Jumaat.





























