Oleh : NM
DUNGUN – Satu lagi keperluan dalam hidup masyarakat seharian, gas memasak telah menimbulkan kerumitan apabila hampir semua kedai runcit tidak lagi mendapat bekalan dari pembekal seperti biasa.
Perkara yang tidak sepatutnya berlaku ini telah menyusahkan dan menambah beban rakyat yang terpaksa mencari bekalan gas ini di daerah dan bandar lain yang berdekatan.
Bekalan gas memasak ini mula dikesan kekurangannya di sekitar Paka dan kini menular ke pekan lain. Rata-rata peruncit tidak tahu apa masalah yang sedang berlaku, mereka tiada makluman dan tidak diberitahu oleh pembekal.


Beliau berkata keadaan itu sudah berlaku sejak dua minggu berlarutan dan bertambah buruk.
“Saya sendiri terpaksa mendapat bekalan di bandar Dungun, itupun setelah menjelajah beberapa kedai yang kebetulan mempunyai stok bekalan lama.Ini sangat menyusahkan serta meningkatkan kos belanja harian kerana kerana terpaksa belanja petrol kenderaan untuk mencari gas memasak ini” katanya Ketika ditemui.
“Yang saya heran kami di Paka hanya bersempandan dengan pusat pemerosesan gas ini iaitu di kertih dan sangat pelik jika kami yang paling hampir ini tidak mendapat bekalan.
“Banyak aduan secara lisan yang saya terima daripada penduduk tempatan mengadu dan bertanya masalah ini. Apa yang PADU boleh lakukan kami akan cuba mendapat penjelasan pihak Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Daerah Dungun,” ujarnya di Pejabat PADU di sini.
Masalah ini juga berlaku di Daerah Jerantut Pahang apabila orang ramai mengeluh tentang kesusahan mereka mendapatkan bekalan gas memasak sejak seminggu lalu.
Yang di-Pertua Pas Kawasan Jerantut, Ustaz Yohanis Ahmad, memberitahu keadaan ini tidak pernah berlaku di daerah ini dan sangat menyusahkan pengguna.
“Nak dapatkan gas terpaksalah keluar pekan dan mencarinya di mana-mana kedai walaupun jauh, terpaksa. Nak tak nak kena keluarkan duit lebih. Bayangkan orang tua yang tidak ada kenderaan untuk keluar mencari belakan gas ini” katanya ketika dihubungi.



























