Fitnah Dulu Petroleum, Sekarang REE

199

KUALA TERENGGANU – Sebelum ini Tan Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjadi sasaran fitnah Umno – Barisan Nasional (Umno-BN) dalam usaha menghalang PAS memerintah Negeri Terengganu kerana negeri itu ada petroleum.

Sekarang, Menteri Besarnya, Dato Seri Sanusi Mohd Nor pula menjadi mangsa kerana mereka ingin menguasai unsur nadir bumi (REE) yang terdapat banyak di Negeri Kedah.

Berkata demikian anggota Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nasir Abdullah mengulas lanjut tentamg permainan memomokkah rakyat tidak mengundi PAS agar Umno – BN atau sekutunya dapat menguasai negeri – negeri yang kaya dengan hasil bumi.

“Inilah taktik kotor mereka hanya semata-mata untuk merebut kekayaan negeri – negeri tersebut,

“Kalau petroleum hanya royalti dibayar dari pengeluaran hasil minyak diperolehi oleh negeri yang memiliki sumber tersebut,

“Tetapi REE ini hasilnya diperolehi sepenuhnya oleh negeri yang memilikinya,” jelasnya.

Beliau yang dijemput oleh Lajnah Penerangan dan Media Baharu, Muslimat PAS Negeri Terengganu sempena Majlis Kesyukuran dan Bingkisan Hari Merdeka di Pantai Pulau Kekabu dekat sini pada Rabu 30 Disember.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Muslimat PAS Terengganu, To’ Puan Zarani Othman.

Ketika berucap merasmikan Majlis itu, To’ Puan Zarani mengingatkan muslimat supaya tidak mendabik dada hanya mereka yang bekerja bertungkus lumus untuk kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri(PRN) baru-baru ini.

“Kejayaan ini adalah kerja semua petugas parti dalam komponen Perikatan Nasional,” ujarnya.