Fauzi miliki ciri-ciri Pak Su Wei

1025
http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/fauzi3.jpg
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Manek Urai, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan
Abdullah berkata pemilihan Mohd Fauzi dibuat peringkat akar umbi dan mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi PAS negeri dan Pusat.


“Pemilihan beliau berdasarkan cadangan tiga nama yang dibuat PAS cawangan Manik Urai. Daripada tiga nama yang diserah setiap cawangan, beliau mendapat pencalonan paling tinggi. Ia bukan keputusan sebulat suara, tetapi beliaulah yang mendapat pencalonan tertinggi,” katanya.

Beliau berkata kriteria utama pemilihan Fauzi sebagai calon PAS adalah kerana Fauzi diterima oleh para pengundi Manek Urai.

”Nombor satu sekali adalah penerimaan pengundi. Oleh kerana Allahyarham Pak Su Wei sebagai wakil rakyat yang bagi saya sebagai lagenda,

”kita tidak ada lagi orang seumpama itu, saudara Fauzi ni orang Kelantan kata mempunyai ‘ciri-ciri Pak Su Wei”, tak serupa (tapi) diyakini pimpinan beliau InsyaAllah akan dapat menarik imnat pengundi-pengundi dan meneruskan perkhidmatan (arwah) Pak Su Wei,” katanya pada sidang akhbar sejurus selepas pengumuman dibuat, semalam.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/Isytihar%20calon%20Manek%20Urai%20023.jpgBeliau turut yakin PAS akan menang dengan selesa dengan mendapat undi melebihi majoriti yang diperolehi pada pilihanraya umum Mac, 2008.

”Menang dengan selesa dan InsyaAllah majority melebihi 1300 undi,”tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Fauzi Abdullah telah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat semalam.

(Gambar – Presiden dan Mursyidul Am PAS menjulang tangan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.)

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Haji Ismail Yaakob atau Pak Su Wei meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu setelah mengalami pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Paksu Wei @ Ismail menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Klik http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/01/buletinsymbol.jpg Untuk Video Sidang Media Semalam.  Berita Sebelumnya Fauzi Diisytihar Calon PAS Bagi PRK Manek Urai