

Kesatuan Eropah menyuarakan kebimbangan serius terhadap peningkatan keganasan Israel di Tebing Barat yang diduduki.
EU pada hari Jumaat menyatakan “kebimbangan mendalam” terhadap situasi di Tebing Barat susulan pertempuran yang mengorbankan empat rakyat Palestin, menyeru agar “kitaran ganas keganasan” ditamatkan.
Dalam satu kenyataan, seorang jurucakap berkata EU mengucapkan “takziah yang mendalam” kepada keluarga mereka yang terkorban, dan mendoakan agar mereka yang cedera pulih sepenuhnya dan cepat.
“Peristiwa hari ini mengingatkan tentang kerapuhan situasi di lapangan,” menurut kenyataan itu.
Jurucakap itu menambah: “Kesatuan Eropah menggesa semua pihak untuk mengelakkan bahasa yang menghasut, menyumbang kepada penurunan ketegangan, dan menamatkan kitaran ganas keganasan.”
Terdahulu pada hari Jumaat, perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu dan menteri perang Israel Katz mengarahkan apa yang mereka sifatkan sebagai “operasi ketenteraan berskala luas” di kampung-kampung Palestin di seluruh Tebing Barat yang diduduk.
Zionis mendakwa, ia adalah tindkan susulan serangan tembakan berhampiran penempatan haram Havat Gilad yang mengorbankan dua askar Israel dan mencederakan tiga yang lain.
Menurut wartawan Anadolu, penjajah Israel kemudiannya menyerang beberapa komuniti Palestin di wilayah Nablus, membakar rumah dan harta benda Palestin yang lain.
Empat rakyat Palestin terbunuh awal hari Jumaat semasa serangan oleh penjajah Israel dan tentera Israel ke atas bandar Tell, barat daya Nablus, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.




























