Satu pertemuan diantara duta-duta Kesatuan Eropah dengan Jawatankuasa Pusat Front Pembebasan Islam Moro (Moro Islamic Liberation Front – MILF) telah diadakan Jumaat lalu, 25 April di kem Darapanan di Sultan Kudarat , Maguindanao.
Delegasi EU diketuai duta EU Guy LeDoux bersama rakan-rakannya Thomas Ossowski dari Jerman, Massimo Roscigno dari Italy, Josef Muellner dari Austria dan Roland Van Remoortele dari Belgium
Pihak MILF diketuai oleh Pegerusinya Haji Murad disertai oleh Timbalan-timbalannya Ghazali Jaafar dan Aleem Pangalian Solaiman serta ketua turus anggota MILF Sammy Al Mansur
Menurut Le Doux, tujuan pihaknya melawat dan bertemu dengan MILF adalah untuk mengulangi
komitmen menyokong proses keamanan dan pembangunan di Mindanao.
“EU komited sepenuhnya untuk menyediakan kepakaran dan komprehensif teknikal , sokongan pembiayaan dan bantuan pembangunan untuk kejayaan Perjanjian Komprehensif MILF dengan Filipinan berhubung Bangsamoro ,” tegasnya.
Le Doux juga memberi jaminan untuk menyokong usaha dan inisiatif dari pelbagai pihak berkepentingan dan organisasi masyarakat sivil yang meningkatkan kejayaan proses perdamaian.
Manakala Pengerusi MILF Haji Murad berkata, pertemuan tersebut adalah adalah sebagai manifestasi komitmen dan kerjasama oleh dan di antara kedua-dua pihak, EU dan MILF bagi memastikan kejayaan pelaksanaan perjanjian tersebut.
Beliau menekankan program keutamaan MILF terutamanya dalam tempoh peralihan adalah pada pendidikan , kehidupan , kesihatan , infrastruktur, dan pembangunan institusi dan keupayaan.
“perjanjian damai menjadi alat dalam mengubah kehidupan rakyat kita, keamanan dan kemakmuran, keadilan dan perpaduan, dan berakhir keganasan melalui urus tadbir yang baik , prinsip demokrasi dan sistem yang sesuai untuk kebajikan am Bangsamoro , “kata beliau.
Beliau turut menggesa pihak EU menyumbangkan bantuan pembangunan dan pelaburan yang ketara, yang akan membantu dalam transformasi perang yang telah menjejaskan kehidupan masyarakat di Bangsamoro.
Kerajaan Filipina dan MILF telah menandatangani Perjanjian Komprehensif di istana Presiden, Malacañang pada 27 Mac, 2014, setelah berperang selama lebih 30 tahun.



























