

Erdogan (gambar) mengatakan kepada Majlis Parlimen Dewan Eropah bahawa hanya Turki di antara negara Muslim yang telah mengikut undang-undang Perancis berkenaan sekularisme, atau pemisahan gereja dan negara.
“Ini sangat ironis melihat sekularisme yang sekarang dipertikaikan di Eropah dan telah merosakkan kebebasan tertentu,” kata Erdogan.
“Hari ini di Perancis, tidak ada penghormatan terhadap kebebasan beragama individu,” katanya di Strasbourg, Majlis yang menjadi pusat pemantau hak asasi manusia di seluruh benua bagi Eropah.
Kerajaan konservatif Perancis yang melarang pemakaian ‘cadur’ telah mengadakan perbahasan nasional tentang sekularisma.
Debat tersebut telah memecahkan pengikut konservatif kepada dua kelompok, diantara yang menyokong dan tidak menyokong, pendapat bahawa Muslim di Perancis digambarkan sebagai minoriti bermasalah berbanding warga negara Perancis yang taat undang-undang.
Bahkan Presiden Nicolas Sarkozy, dan Perdana Menteri Francois Fillon serta beberapa tokoh konservatif lain menolak untuk mengambil bahagian.
Ketika seorang ahli parlimen Perancis menolak tuduhan itu, Erdogan mengundangnya untuk melawat Turki untuk melihat situasi untuk dirinya sendiri. “Di Turki, kita katakan ‘dia datang dari Perancis’ untuk menggambarkan seseorang yang telah ketinggalan zaman,” komentarnya.
Penduduk muslim di Peanchis berjumlah lima juta orang, kira-kira 8 peratus dari seluruh rakyatnya, walau pun begitu ia adalah golongan yang terbesar di Eropah -terjemahan bebas dari Reuters




























