Ennahda Rela Serah Kuasa Demi Menyelamatkan Tunisia

868
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/alg_tunisia_riot.jpg

“Ennahda boleh serahkan kuasa jika Jebali mengekalkan cadangan beliau. Semuanya mungkin. Ia tidak dapat dielakkan bagi Ennahda untuk kekal dalam kerajaan,” kata Menteri Luar Rafik Abdessalem pada Rabu.

“Dialog berterusan. Pintu tidak ditutup,” ujar Abdessalem, yang juga menantu ketua parti Ennahda Rached Ghannouchi, kepada stesyen telivisyen al-Arabiya

Ucapan Abdessalem adalah pegumuman pertama oleh seorang pegawai Ennahda yang menunjukkan bahawa parti Islam yang menguasai 89 daripada 217 kerusi di Majlis Perlembagaan Negara selepas pilihanraya Oktober 2011, boleh berundur.

Walau bagaimanapun, Ennahda juga memanggil para penyokongnya untuk satu perhimpunan pada hari Sabtu untuk menyokong “kesahihan.”

“Penyokong Ennahda mesti mempertahankan revolusi mereka dan kepentingan rakyat,” Mohamed Akrout, Timbalan ketua Ennahda, berkata di dalam video yang disiarkan di laman Facebook parti.

Perhimpunan itu bertujuan “mengukuhkan kesahihan dan merealisasikan matlamat revolusi,” katanya. [Gambar – kematian Chokri Belaid telah mencetuskan demonstrasi besar-besran di Tunisia].

Jebali telah mencari sokongan politik untuk rancangan bagi membentuk kabinet teknokrat yang non-partisan, selepas pembunuhan tokoh pembangkang berhaluan kiri pada minggu lalu, melemparkan Tunisia ke dalam kegawatan.

Tetapi Jebali telah menghadapi tentangan sengit daripada Ennahda, yang telah dipersalahkan kerana pembunuhan Chokri Belaid, merupakan pengkritik kuat kerajaan.

Jebali telah memberi amaran tentang ancaman huru-hara dan menatakan hasrat berundur jika beliau tidak dapat membentuk sebuah kerajaan baru menjelang pertengahan minggu.

Speaker Dewan Perhimpunan, Mustapha Ben Jaafar paling awal yang memberikan sokongan kuat kepada Jebali, sambil menambah bahawa negara ini adalah dalam “keadaan kritikal” berikutan pembunuhan Belaid.

Ben Jaafar, pemimpin Ettakatol sekular, sekutu Ennahda, berkata beliau bersedia untuk menyerahkan semua jawatan menteri yang dikawal oleh partinya, termasuk kewangan, pelancongan dan pendidikan.

“Ia membuat atau memecahkan, tetapi kita tidak mahu memecahkan ia,” katanya, sambil menambah beliau berharap Ennahda akan meletakkan “kepentingan negara di atas kepentingan partisan”.

Ghannouchi juga dilaporkan telah membuka pintu untuk kompromi demi menubuhkan satu kerajaan untuk masa depan.