Ennahda Miliki Kuasa Terbesar DiParlimen Setelah 19 Anggota Parti Lawan Letak Jawatan

891

Ennahda menjadi parti terbesar di Parlimen Tunisia selepas lebih ramai ahli Parlimen daripada parti Nidaa Tounes yang diketuai Presiden Beji Caid Essebsi meletak jawatan.

Perletakan jawatan beramai-ramai wakil-wakil rakyat itu pada Isnin kerana kebimbangan kembalinya pemidahan kuasa turun temurun berikutan peranan anak Beji Caid Essebsi dalam parti itu.

Perselisihan tidak menimbulkan ancaman serta merta kepada kerajaan campuran Tunisia, termasuk kepada Ennahda, tetapi ia krisis datang ketika negara Afrika Utara itu bergelut untuk membendung keganasan dan sedang berusaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Perpecahan dalaman Nidaa Tounes, muncul kerana pertikaian antara sayap parti diketuai oleh Hafedh Caid Essebsi, dan satu lagi diketuai oleh Mohsen Marzouk, salah seorang daripada pengasas parti sekular itu, yang ditubuhkan selepas pemberomtakan tahun 2011.

A supporter of the Nidaa Tounes party holds pictures of President Beji Caid Essebsi, in Tunis, Tunisia November 3, 2015. REUTERS/Zoubeir Souissi

Selepas peletakan jawatan pertama minggu lalu, dua lagi ahli parlimen mengambil tindakan yang sama pada hari Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 19 orang.

Kini, Nida Tounes mempunyai 67 daripada jumlah 217 anggota parlimen Tunisa, manakala Ennahda mempunyai 69 anggota.
Mereka yang telah meletak jawatan, termasuk Marzouk, berkata mereka akan menubuhkan parti baru.

Kebimbangan mereka terhadap Hafedh Caid Essebsi akan mengawal parti itu apabila beliau telah dilantik ke jawatankuasa pusat sebagai wakil undang-undang dan setiausaha agung pada hari Ahad.

Kelompok yang meletakkan jawatan mengecam tindakan itu yang dilihat sebagai mengembalikan gaya autokratik era Ben Ali dan menolak tuntutan penyerahan kuasa secara ‘dinasti’.

Nidaa Tounes muncul sebagai kuasa politik pada tahun 2013 untuk mengetuai protes terhadap kerajaan yang dibentuk oleh Ennahda, menewaskan parti Islam itu dalam pilihan raya 2014 dan seterusnya membentuk kerajaan campuran dengan lawannya itu.

Peletakan jawatan boleh merumitkan usaha untuk menolak melalui pembaharuan sensitif yang peminjam antarabangsa Tunisia menuntut untuk membendung perbelanjaan awam dan memulakan pembangunan ekonomi, yang telah terencat dengan tiga serangan militan pada tahun lalu.