Enam Bulan Berlalu Krisis Myanmar

188

Setelah enam bulan berlalu sejak rampasan kuasa tentera dan penangkapan ahli-ahli parlimen serta para pemimpin dipenjara, keadaan Myanmar tidak bertambah baik.

Sejak kudeta 1 Februari, yang mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran dan gerakan ketidaktaatan sivil, menyebabkan lebih daripada 900 orang terbunuh dan beribu-ribu orang ditangkap.

Diibu kotanya, Yangon, orang ramai mencari-cari katil di hospital dan oksigen untuk ahli keluarga serta rakan mereka yang terkena Covid-19, dengan mayat-mayat ‘menumpuk’ di tanah perkuburan.

Ratusan ribu orang telah turun ke jalan-jalan di semua bandar-bandar utama, Naypyidaw, Yangon, Mandalay, Bago dan Sagaing, mencetuskan protes dan demonstrasi anti-kudeta selama berbulan-bulan.

Di samping itu, sebilangan besar pekerja kesihatan, guru, dan pegawai negeri di seluruh negara berhenti dari pekerjaan mereka dan memulai gerakan ketidaktaatan sivil.

Walaupun terdapat tindakan pentadbiran tentera, seperti penahanan, pengisytiharan tentera darurat di beberapa bandar, dan melarang akses internet ke telefon bimbit serta platform media sosial, protes terus meluas dan telah meningkat.

Menurut PBB, 230,000 orang telah kehilangan tempat tinggal sejak konflik bermula, dan kekerasan yang berterusan di seluruh negara memberi kesan yang teruk terhadap kehidupan seharian.

Protes di seluruh negara secara aman telah bertukar, menjadi pertempuran bersenjata sejak penunjuk perasaan membentuk Angkatan Pertahanan Rakyat (PDF) pada 5 Mei.

Selepas rampasan kuasa, organisasi antarabangsa, terutama PBB dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), membuat kenyataan untuk menyelesaikan ketidakstabilan politik di negara itu.

Sementara beberapa negara berusaha memaksa tentera Myanmar dengan sekatan antarabangsa, antaranya AS, UK, dan Kanada telah mengenakan sekatan terhadap jeneral-jeneral tertinggi dari tentera Myanmar.

Syarikat-syarikat yang berkaitan dengan tentera, sementara firma-firma dari Jepun, Singapura dan beberapa negara Eropah telah menarik pelaburan mereka.

Fakta bahawa China dan Rusia menyokong pentadbiran tentera Myanmar, sementara negara-negara ASEAN tetap bersikap berkecuali dalam menghadapi krisis politik, telah melemahkan prospek bahawa junta tentera akan mundur.

Sejak rampasan kuasa, Rusia telah memajukan perjanjian ketenteraan dengan Myanmar, sementara China telah menyekat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengenakan embargo senjata ke atas rejim ketenteraan.

Sinar perundingan diplomatik dan usaha menamatkan krisis Myanmar sedikit jelas dan bercahaya apabila Pertemuan Pemimpin ASEAN di Jakarta, April lalu, menghasilkan lima ketetapan konsensus.

Yusof, Menteri Kedua Bagi Urusan Luar Negeri Brunei, sebagai utusan khas ke Myanmar.
Pertama, kekerasan harus segera dihentikan di Myanmar dan semua pihak harus menahan diri sepenuhnya, demikian kesepakatan pada perkara pertama.

Kedua, ASEAN juga meminta agar dialog konstruktif dimulakan antara semua pihak yang berkepentingan untuk mencari solusi damai demi kepentingan rakyat negara itu.

Para pemimpin ASEAN juga bersepakat adanya utusan khusus untuk memfasilitasi dialog tersebut dengan bantuan Setiausaha Agung ASEAN.

Dan, keempat, mereka kemudian sepakat untuk menyediakan bantuan kemanusiaan ke Myanmar.

Terakhir, pemimpin ASEAN sepakat adanya utusan khusus dan tim delegasi akan mengunjungi myanmar untuk bertemu semua pihak yang berkepentingan.

Justeru itu, menteri luar dari Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) telah melantik Erywan Yusof, Menteri Kedua Bagi Urusan Luar Negeri Brunei, sebagai utusan khas ke Myanmar.

Erywan ditugaskan untuk mengakhiri keganasan di Myanmar dan membuka dialog antara pemerintah tentera dan lawan mereka di negara yang dilanda krisis itu.

Beliau juga akan mengawasi pakej bantuan kemanusiaan, walaupun tidak ada perincian yang diumumkan dan meminta Pusat Penyelaras ASEAN untuk Bantuan Kemanusiaan untuk memulakan kerja-kerja “panduan dasar”.