Enam Buah Pusat Pemindahan Dibuka

1553
Air bah melimbah dan menenggelami jambatan Teladas petang semalam

KUALA TERENGGANU – Sebanyak enam buah pusat pemindahan banjir telah dibuka di dua daerah di negeri ini berikutan hujan lebat berterusan pada Khamis dan Jumaat.

Menuurut laporan Bilik Grakan Banjir negeri, empat di daerah Kemaman dan dua di Marang telah menempatkan 296 orang mangsa banjir.

Pengerusi MTD PAS Air Putih Cikgu Ab. Razak ( berbaju puti dan seluar hitam) yang juga ADUN meninjau keadaan banjir di jambatan Teladas

Di Daerah Kemaman, 11 mangsa daripa tiga keluarga di Dewan Orang Ramai Teladas, 60 mangsa daripada 18 keluarga di Balai Raya MPKK Kg Padang Kubu, 169 orang daripada 41 keluarga di DITC Telok Kalondan 21 orang daripada enam keluarga di Balairaya Batu 9.

Manakala di daerah Marang, seramai tiga orang di SK Tasek dan 32 orang daripada Sembilan keluarga di Dewan Sivik Wakaf Tapai.