MARANG – Hari Raya Aidilfitri disambut secara sederhana oleh pemimpin PAS, namun tetap meriah dengan amalan ziarah dan suasana silaturahim sebagaimana dianjurkan oleh Islam.
Rumah terbuka Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bermula sejurus selepas menunaikan solat sunat, menjadi tumpuan ramai.
Walau pun terdapat tohmahan, PAS tidak lagi menjadi mendapat sokongan bukan Islam terutama di kalangan kaum Cina, sebaliknya majlis jamuan di Dewan Tok Guru di sini menyaksikan sebaliknya.
Rumah terbuka Ahli Parlimen Marang itu turut dikunjungi oleh Tionghua masyarakat yang masih sayang kepada PAS.
Sebelum itu, beliau berkata, empat perkara penting yang menjadi pegangan umat Islam selepas kewafatan nabi Muhammad SAW telah menyaksikan cahaya Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia.
Selama hanya 80 tahun sahaja, Islam sampai ke perbatasan negara China, berkembang luas di benua Afrika dan menyeberang ke Eropah.
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kata, kejayaan besar itu tidak pernah dicapai oleh mana-mana kuasa besar dunia, sejak dari dahulu hingga sekarang.
“hanya dalam masa 80 tahun sahaja, Islam sampai ke negara China melalui Asia Tengah menjatuhkan kuasa besar Parsi dan Rom, Islam sampai ke Afrika sehingga lautan Atlantik, menyeberang ke Sepanyol, menyebarkan Islam di bumi Eropah,
“kehebatan syariat Allah yang mesti diketahui oleh mat Islam berlandaskan empat perkara yang penting; akidah tauhid, percaya kepada hari akhirat, bertakwa kepada Allah dan mereka meyambung perjuangan Islam,”tegasnya.
Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu berkata demikian ketika menyampaikan Khutbah Hari Raya Aidilfitri di masjid Rusila di sini semalam 1 Syawal, 1437.
Namun begitu, beliau berkata, pada hari ini, dunia menyaksikan Islam berada dalam keadaan ‘surut’ dan lemah, apabila pemerintah-pemerintah Islam leka dengan kemenangan dan kekayaan.
“dengan istana yang indah, mahkota yang bertatahkan permata, kehidupan dunia yang mewah, lupa alam akhirat……….tanpa peduli halal dan haram,
“mereka meninggalkan syariat Allah (dan mereka) menjadi bangsa yang lemah (dan) berlakulah (apa yang telah diberi) amaran oleh Allah, ‘dan sesiapa yang berpaling dari peringatan ku yang ada dalam al-Quran, bagi mereka kehidupan yang pincang, kehidupan yang musnah’,”jelasnya.
Justeru itu, kata beliau, umat Islam hari ini diratah oleh musuh-musuhnya di seluruh dalam keadaan lemah dan hina serta mundur dan tidak ada maruah diri.
Beliau berkata, umat Islam dipergunakan oleh umat yang lain,untuk membunuh sesama Islam di antara satu sama lain.
Walau pun begitu, cahaya Islam tidak boleh dipadamkan sebagaimana dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya.
“Islam datang dalam keadaan ‘dagang’ dan akan kembali menjadi ‘dagang’ di akhir zaman……….akhirnya akan menang juga mereka yang ‘dagang,,
“inilah janji Allah nan janji nabi SAW,”kata beliau.
https://youtu.be/owtiEjeffsE










