Terengganu, Malaysia

Empat Lagi Tembakan Menggegar Negara!

Empat Lagi Tembakan Menggegar Negara!

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ternyata tidak membawa kelegaan dengan insiden tembakan terus berlaku.

Dalam tempoh 26 jam, empat lagi insiden tembakan berlaku di Perak dan Pulau Pinang, lapor akhbar New Straits Times, semalam.

Di Pulau Pinang sahaja, [Gambar bawah] tiga insiden tembakan berlaku Khamis dan awal pagi kelmarin, menyebabkan seorang terbunuh dan seorang lagi mangsa cedera.

Kejadian di Ipoh, Perak, pula berlaku pada malam Rabu lalu dan menyebabkan seorang lelaki cedera.

Dalam kejadian di Ipoh itu, seorang lelaki berusia 29 tahun ditembak empat kali oleh dua lelaki, yang menunggang motosikal, semasa mangsa sedang memandu kereta pada 11.15 malam Rabu lalu.

Dua jam setelah kejadian itu, lebih 20 das tembakan dilepaskan ke arah sebuah banglo di kawasan perumahan mewah, Jesselton Heights, di sini tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Sebelum itu, pemilik banglo dikatakan menerima kiriman teks menuntut beliau memasukkan wang ke dalam sebuah akaun bank tempatan tetapi beliau tidak mahu berbuat demikian dan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

shooting penangDalam kejadian ketiga yang berlaku 10 jam kemudian, seorang lelaki, Encik K. Veerapan, 37 tahun, [Gambar atas] terbunuh apabila dua lelaki yang menunggang motosikal melepaskan sekurang-kurangnya 14 das tembakan ke arahnya yang sedang memandu dekat Jalan Anson, di sini.

Menurut ketua polis daerah Timur Laut, Penolong Pesuruhjaya, Encik Gan Kong Meng, mendiang Veerapan ditembak 10 kali dari jarak dekat.

Kejadian keempat pula berlaku pada 1 pagi kelmarin. Seorang lelaki melepaskan tujuh das tembakan ke arah seorang bouncer kelab malam dekat sebuah kelab malam di kompleks beli-belah Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang.

Polis masih menyiasat kejadian tembakan yang meragut nyawa di Malaysia dengan kebanyakan kes dipercayai berkaitan dengan perang antara kumpulan samseng yang berebut kawasan supaya dapat menguasai jual beli dadah dan kegiatan maksiat, lapor akhbar The Star semalam.

“Polis sedang menyiasat beberapa geng yang terlibat dalan jual beli dadah di Seremban, Bahau, Nilai dan Port Dickson.

“Mereka juga sedang menyiasat beberapa orang yang dulu hidup susah tetapi kini hidup mewah,” kata satu sumber itu dalam laporan itu.

Menurut sumber itu lagi, beberapa kumpulan samseng muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan dua kumpulan samseng yang ditubuhkan sejak tahun 70-an kini menjadi dua kumpulan paling aktif di Malaysia.

Tambah sumber itu, sejak siri tembakan berlaku baru-baru ini, beberapa anggota kumpulan samseng yang mempunyai rekod jenayah, kini bersembunyi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan