KUALA TERENGGANU – PAS menjunjung kasih diatas ucapan Tuanku Sultan Mizan Zinal Abidin,yang padat lagi jitu, yang terus memahami keadaan iklim politik, ekonomi dan sosial rakyat jelata.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata rakyat terus dihimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari ini berdepan pula dengan pemberhentian kerja akibat merudumnya harga minyak dipasaran dunia.
Beliau berkata, ia memerlukan perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan.
“kerjaan dipohon menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat bukan (menumpukan) sektor berteraskan minyak dan gas,i
“inilah masa yang terbaik bagi kerajaan memberikan tumpuan kepada sektor pertanian dan pelancongan dan perlombongan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika memberikan pendapat, atas titah Sultan Mizan Zainal Abidin, sempena istiadat pembukaan Penggal Ke-empat Dewan Undangan Negeri Ketia Belas di Wisma Darul Iman pada Isnin 7 Mac.
Hanafiah yan juga Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu menyarankan, walaupun kerajaan menghadapi masalah kewangan, bidang pendidikan mestilah diutamakan.
“Kerajaan mesti mengutamakan bidang pendidikan dan mesti memastikan peruntukan yang telah disediakan tidak dipotong,
“Perbelanjaan berhemah hendaklah diamalkan disemua jabatan-jabatan kerajaan dengan meletakan setiap sen yag dibelanja tidak terlibat dengan unsur-unsur penyelengan dan rasuah,”tegasnya.
Beliau juga mengharapkan peruntukan mengatasi banjir seperti tebatan banjir, dan mendalamkan Sungai Kemaman serta pembinaan hospital Kemaman dapat dilaksakan pada tahun ini.
“saya dimaklumkan peruntukan bagi kedua-dua projek tersebut telah diluluskan, oleh itu, saya berharap ia dapat dilaksanakan segera,
“memandangkan kepentingannya kepada rakyat Terengganu khususnya kepada Daerah Kemaman,”tambah beliau.










